Assalamualaikum
Hari ke2, berjalan dari Hotel menuju ke MRT , actually ada tiga pilihan pengangkutan berasaskan Rel di Bangkok,
BTS - Skytrain
MRT - Subway
ARL - Airport Rail Link
Seriously aku kagum dengan kecanggihan sistem pengangkutan di Bangkok, di Malaysia masih terbatas Comuter Line.
Selain Urban Transit , Bangkok juga memiliki Bas (BRT - Bust Rapid Transit) , songthaew dan juga tuk-tuk. Bahkan sungainya yang besar dan melalui kawasan residantal , Bangkok juga memiliki pengangkutan air bernama CHAO PRAYA EXPRESS.
Memandangkan Hotel tempat kami menginap di tengah-tengah, jadi kami memilih menaiki Pengangkutan MRT
carta aliran MRT/BTS
keluar dari hotel , kami berjalan menyusuri jalan raya untuk stesen MRT yang berhampiran. Seingat aku kami menaiki MRT di Stesen SIAM dan berjalan kaki menuju ke destinasi tersenarai.
berhati-hati ketika membeli...hahaha
Destinasi pertama untuk hari pertama adalah
JIM THOMPSON HOUSE MUSEUM
Rumah Jim Thompson ini terletak di 6 Soi Kasemsan 2 ,
Rama 1 Road, Pathumwan.
Siapa itu JIM THOMPSON?
Beliau bukan orang Thailand, tetapi Jim Thompson sememangnya disukai ramai penduduk di Bangkok.Ada banyak yang boleh anda pelajari dari sejarah Rumah Jim Thompson ini yang kini menjadi sebuah muzium terkenal di Bangkok.
Bagaimana Jim Thompson memperkenalkan perusahaan SUTERA di Thailand dan juga sejarah hidupnya serta hobi beliau semasa di Thailand.
Ia kini diuruskan oleh The James H.W.Thompson Foundation di bawah naungan diraja H.R.H Puteri Maha Chakri Sirindhorn.
Lokasi rumah Jim Thompson ini tidak jauh dari Kota Bangkok,seperti yang aku cerita di awal tadi kemudahan untuk akses ke sini dengan menggunakan MRT,atau TUK TUK atau teksi.
Harga tiket sekitar 100-150baht
dan dibuka seawal jam 9.00 pagi dan tutup jam 6.00ptg
Ada banyak koleksi menarik di dalam rumah Jim Thompson, namum kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.
Jika anda meminati sejarah dan seni tempat ini amatlah di rekomen sangat-sangat dan ini antara lokasi wajib sekiranya bercuti di Bangkok dan korang boleh refer SINI
keluar jer dari Jim Thompson, kami di sapa oleh seorang Uncle...uncle ni tinggal berhadapan rumah Jim Thompson ni , dia offer untuk bawa kami pusing-pusing tempat menarik sekitar Bangkok, dengan membayar sedikit kos dan memenuhi cop di kad oku untuk melayakkan beliau mendapat minyak kereta percuma......pertama kali tu agak was-was sebab dan mcm ayam dengan itik bercakap.....tapi atas dasar kemanusian kami pn terima.
Destinasi kedua
KEDAI KAIN
- maaf tiada gambar-
terus ke Destinasi Ketiga
CHIN JEWELRY CO
ehsan google
jual barang kemas....kami sekadar berjalan melihat apa yang patut
tidak membeli
sekadar memenuhi kupon Cop Minyak free Uncle itewww sahaja
Destinasi ketiga
MARBLE CHURCH @ WAD MARBLE
ok selesai trip bersama Uncle Tidak dikenali,....hahaha
Kami minta uncle untuk berhentikkan kami di kedai makan Muslim
Mak Yah @ Mak Nyah...hahaha
Nasi Paprik Sotong Tepung
Tomyam Seafood
Nasi Goreng = tak ingat nama
Nasi Goreng Daging Merah
Selepas makan kami meneruskan perjalan ke stesen MRT, target seterusnya nak mencari ROCK SHOP.
ikut dari google Hark Rock terletak berhampiran SIAM SQUARE
Kompleks Siam Square , 424.3-6 Siam Square SOI 11 Siam Square
Siam Square Soi 7 , Pathum Wan
Bangkok 10330 Thailand
macam yang aku cakapkan di awal tadilah, bercakap seperti ayam dan itik
naik turun keluar masuk , pusing kiri kanan....cari tak jumpa
dan akhirnyaaaaa.....
selesai membeli dan kan pun belah
hahahaha
menuju ke MRT untuk pulang ke Hotel
Singgah MBK untuk shopping
dan
balik ke Hotel dengan hati girang
bersambung..................
Nak tanya . Kat sana ada jual kerongsang tak?. Yang cantik?
ReplyDelete