HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, July 15, 2019

KISAH PERIUK


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Pengumpul koleksi Le Creuset dan Staub dah bertahun-tahun, saya nak bagitahu yang permukaan periuk ni telah dilapisi enamel ya, sama ada hitam atau putih. Tujuannya supaya ia taklah melekat sangat masa memasak dan mudah digunakan sebab tak perlu seasoning. Boleh pergi kedai yang jual LC atau Staub untuk tengok apa yang saya katakan lapisan enamel tu.

Seasoning maknanya, periuk cast iron tu dibasuh bersih dan dilap kering dan kemudiannya disapu dengan minyak masak. Lepas tu dibakar dalam ketuhar pada suhu yang tinggi lebih kurang 200°C selama 1 jam. Saya pun ada kuali leper cast iron yang ni, jenama Vonshef, tapi saya jarang pakai sebab malas nak buat proses seasoning. Seasoning ni penting untuk menghasilkan permukaan dalam periuk yang tak melekat bila kita masak.

Tapi cast iron yang jenis tradisional sekali pun, jumlah besi yang masuk dalam makanan kita pun, tak sampai pun 1/5 dari keperluan zat besi seharian kita. Maka ia tak sampai boleh menjadi racun kepada kita. Ingat ya, untuk apa juga bahan menjadi racun, dosnya yang sangat penting.

Teflon adalah jenama komersial bagi bahan kimia buatan manusia, Polytetrafluoroethylene (PTFE). Kita kenal Teflon sebab ia adalah bahan digunakan pada permukaan kuali atau periuk yang kalis lekat. PTFE ni sangat stabil yang bermakna, ia susah nak bereaksi dengan bahan kimia lain and sebagai permukaan kuali atau periuk, ia licin dan macam tak ada kesan kesat langsung.

Perfluorooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan proses menghasilkan Teflon, telah tak digunakan sejak 2006 di Amerika Syarikat dalam pembuatan periuk yang dilapisi Teflon. Tak ada kajian menunjukkan PFOA menyebabkan kanser dalam manusia, kalau digunakan sebagai alat untuk memasak. Lagipun bila Teflon dah terhasil, kalau PFOA digunakan sekali pun, dalam produk akhir tu, PFOA tak ada dah.

Teflon ni bahaya kalau kita panaskan kuali tu sampai suhu 350°C sebab asap yang dihasilkan tu boleh menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan. Tu saja. Kalau setakat kita guna api kat dapur untuk masak tu, tak ada masalah pun, suhunya pun rendah saja.

Saya tengok di American Cancer Society kaitan kanser dengan Teflon, iaitu bahan yang digunakan di permukaan periuk jenis nonstick. Jenama yang biasa kita jumpa ialah Tefal. Jelas dalam laman sesawang tu kata, Teflon tak menyebabkan kanser.

Maka, tak perlulah kita semua panik tak tentu arah.

Penggunaan periuk jenis aluminium memang meluas kat negara kita. Jenama biasa kita tahu, Zebra. Bukan semua orang mampu nak beli periuk mahal. Saya pun ada periuk aluminium ni, cap buaya, saya gunakan untuk masak kenduri. Periuk cast iron tak ada yang saiz sebegitu besar nak masak untuk ramai orang.

Aluminium dikaitkan dengan Alzheimer's Disease tapi setakat ni, direct link tu masih belum boleh dipastikan. Setakat kita masak dalam periuk aluminium tu, paling banyak aluminium yang masuk dalam makanan kita pun hanya 1mg atau 2mg. Periuk aluminium kita pakai tu bukan aluminium semata. Ia jenis aluminium oxide, di mana melting point pun 2000°C jadi untuk aluminium tu menjadi racun pada kita, memang tak lah kan.

WHO dah sebut, 50mg aluminium sehari pun tak memberi kesan negatif kepada kita. Kalau periuk kita tu dah tak semenggah rupanya, dengan kemek bagai, atau kalau makanan tu lama dok dalam periuk tu, kandungan aluminium yang masuk dalam makanan tu tinggi sikit, tapi masih tak payah risau.

Ok lah. Saya dah ulas bab periuk belanga ni. Kalau nak baca lebih boleh layari:

health-canada   &  cancer-causes

Dr. Che Puteh Osman, PhD pun dah kupas bab ni:

DR CHE PUTEH   & SINI JUGA

Tolong jangan fitnah Le Creuset dan Staub. Kang saya nangis kang. Saya dah siap masukkan pewaris periuk saya dalam wasiat saya ya. Punyalah saya sayang periuk ni.

Gambar saya letak ni, baby pasta in chicken broth with vegetables, menggunakan Staub Rice Cocotte 16cm.

SUMBER: Dr. Ninie


LOVE,

1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿