HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, November 25, 2019

KEBAIKAN MEMAKAN EPAL HIJAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Image result for green apple
pic google
Seperti satu pepatah Inggeris yang biasa kita dengar, “An apple a day keeps the doctor away,” buah epal memang mengandungi khasiat yang banyak kepada kulit, rambut dan kesihatan umum kita.

Buah epal hijau mengandungi banyak nutrisi asas dan vitamin yang diperlukan oleh badan seharian. Apabila menceritakan hal epal, ia datang dalam jenis yang banyak. Epal merah adalah epal yang paling biasa didapati, manakala epal hijau pula mempunyai rasa masam manis.


Buah epal hijau sudah dikenali sebagai salah satu buah yang sihat untuk diamalkan setiap hari. Ia mengandungi banyak protein, vitamin, mineral dan serat untuk badan.
Semua ini boleh melegakan masalah penghadaman dan sangat efektif dalam mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, menstabilkan gula dalam darah & meningkatkan selera makan.
Buah epal boleh memberikan kesan yang positif kepada sistem badan. Antara kebaikannya adalah:

1. Tinggi Kadar Serat

Ia mengandungi kadar serat yang banyak, yang mana membantu mencuci sistem dan meningkatkan metabolisma badan. Ini memudahkan pergerakan bowel. Kita sering disarankan untuk makan buah epal dengan kulitnya (tanpa kupas). Dengan sistem usus yang baik, boleh menjamin kesihatan berpanjangan.

2. Kandungan Mineral

Antara bahan mineral yang terdapat di dalam buah epal hijau adalah – zat besi, zink, manganese, potassium, dan sebagainya. Semua ini adalah garam mineral yang membantu badan untuk berfungsi dengan lebih baik. Zat besi di dalam buah ini boleh membantu meningkatkan kadar peredaran oksigen di dalam darah dan membantu meningkatkan kadar metabolik badan secara keseluruhan.

3. Rendah Lemak

Bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan, anda boleh masukkan epal hijau dalam makanan diet anda. Selain buah ini mengandungi kandungan lemak yang rendah, ia juga berperanan untuk mengumpul lemak yang terdapat dalam saluran darah dan membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat – mengurangkan risiko strok (angin ahmar).

4. Elak Kanser Kulit

Buah epal hijau mengandungi Vitamin C yang membantu mengelakkan sebarang kerosakan kepada sel kulit oleh radikal bebas – lantas mengurangkan risiko kanser kulit.

5. Tinggi Anti-Oksida

Ia mengandungi kadar anti-oksida yang boleh membantu proses pembentukan/penghasilan sel baharu. Pada masa yang sama membantu mengekalkan kulit yang sihat dan cerah. Anti-oksida melindungi hati anda dan pastikannya berfungsi dengan baik.

6. Mengekalkan Tulang Yang Kuat

Buah epal hijau dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit sendi (rheumatism) dengan membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.

7. Mencegah Alzheimer

Pengambilan buah epal setiap hari boleh mengurangkan masalah neurologikal pada umur emas seperti Alzheimer.

8. Mencegah Asma (Lelah)

Minum jus epal hijau dengan kerap boleh mencegah daripada mendapat asma.

9. Elak Daripada Mendapat Diabetes (Kencing Manis)

Selain kurang kandungan gula, buah epal hijau turut membantu anda elak daripada
mendapat masalah kencing manis.

10. Kaya Vitamin A, B dan C

Epal hijau sangat kaya dalam Vitamin A, B dan C – selain daripada menjaga kesihatan kulit, ia turut menjaga kesihatan dalaman kulit.

11. Ejen Anti Penuaan

Buah epal hijau merupakan satu bahan anti-penuaan yang sangat berkesan. Antioksida dan serat yang terdapat di dalamnya boleh mengekalkan keanjalan kulit dan memberikan kulit kelihatan muda.

12. Meningkatkan Teksur Kulit

Face mask yang mengandungi bahan-bahan epal hijau boleh melembaplan kulit anda dan mengurangkan kedutan.

13. Menyihatkan Kulit

Dengan kandungan vitamin yang tinggi, buah epal hijau boleh mengekalkan tahap kesihatan kulit anda dan boleh mencerahkannya juga.

14. Mencegah Masalah/Penyakit Kulit

Buah epal hijau boleh menyelesaikan kebanyakan masalah kulit yang berkait dengan kekurangan nutrisi.

15. Kawal & Mencegah Jerawat

Ia juga sangat berkesan dalam menangani masalah jerawat dan jeragat. Pengamalan buah epal boleh membantu anda mengawal jerawat pecah.

16. Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Ada masalah warna hitam di bawah mata? Kerapkan makan buah epal boleh membantu menghilangkannya.

17. Mengatasi Masalah Kelemumur

Pes yang diperbuat daripada kulit buah epal hijau boleb mengatasi masalah kelemumur. Anda perlu gunakannya sebagai satu syampu. Selain itu, jus epal juga boleh digunakan – sapukan dan urut ke seluruh kulit kepala.

18. Memperbaiki Pertumbuhan Rambut

Terakhir sekali adalah buah epal boleh menguatkan urat rambut, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mencegah masalah keguguran.

Pilih & Menyimpan Buah Epal Hijau

Buah epal adalah buah yang agak sensitif dan anda perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan dan penyimpanannya. Memilih Buah Epal Hijau
Semasa membeli buah epal hijau, adalah terbaik anda pilih buah yang pejal, mempunyai warna yang terang dan tidak mengalami sebarang kesan calar atau kerosakan pada kulitnya.
Adalah terbaik kalau anda pilih buah tersebut biji-demi-biji berbanding dengan membeli dalam paket – dengan ini, anda boleh mencium baunya terlebih dahulu.

Cara Penyimpanan Buah Epal

Tempat terbaik menyimpan buah epal adalah dalam peti sejuk anda. Balut buah tersebut di dalam beg plastik dan letakkannya di tempat yang paling sejuk. Dengan cara ini, epal anda akan kekal segar sehingga 2-3 minggu.
Suhu bilik boleh juga untuk menyimpan buah epal, tetapi tidak boleh bertahan lama.

Amaran

Jangan makan biji buah epal kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda.
Kesimpulan
Secara ringkas, buah epal ini banyak memberikan khasiat kepada kita semua. Walaupun rasanya agak masam, dan ramai tidak menyukainya, anda boleh mengaburi rasa tersebut dengan cara penyediaan yang pelbagai.
Harap selepas ini, kita semua mula mengamalkan makan buah epal hijau untuk mendapatkan tahap kesihatan yang stabil.
Sekiranya artikel ini membantu anda dalam apa jua keadaan, silalah kongsikannya kepada rakan-rakan atau ahli keluarga.

SUMBER:google


LOVE,

2 comments:

  1. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  2. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿