HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Sunday, November 24, 2019

MURTABAK DAGING KULIT POPIAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Kalau bulan puasa dan singgah ke PARAM {bazar Ramadan} menu yang wajib beratur bila nak beli semestinya murtabak. Tak kira lah murtabak ayam ke daging ke pasti ramai yang menjadikannya MURTABAK senagai menu wajib di bulan puasa kan.
Penat-penat beratur sekali balik nak makan Murtabak yang di beli penuh dengan bawang sahaja.kadang tu letak ubi kentang...apooo murtabak letak kentang?

Jadi kali ini, aku nak kongsi resepi murtabak mini yang ringkas,mudah serta sedap untuk dibuat di rumah. Hanya menggunakan kulit popia, murtabak mini ini pasti membuat selera. Jadi lepas ni boleh la cuba resepi ni, tak payah nak beratur panjang beli.
Bahan-bahan yang aku gunakan adalah seperti berikut:

Telur
Kubis
Cili Merah
Bawang Besar

*terpulang korang nak guna kubis apa pun/kebetulan di rumah aku pada masa tu hanya ada kubis purple,
so aku guna apa yang ada jer

Inti Daging Cincang

ok untuk inti daging ni aku dah masak siap-siap supaya senang nak masak apa aku just gunakan jer

bahan-bahan & cara untuk inti
Tumis bawang putih yang dicincang bersama serbuk lada hitam sehingga wangi
Kemudian masukkan daging,garam,perasa,serbuk ketumbar dan masak sehingga kering dan sejukkan

ok...jom kita mulakan dengan Murtabak Mini kita

Kulit popiah
beli yang size sederhana

Telur
Kubis yang dicincang
Bawang Besar
Cili 
Daging Cincang

dipukul sehingga kembang

lepas tu korang follow jer step by step seperti gambar dibawah




panaskan pan dengan sedikit olive oil
letak murtabak yang dilipat tadi
balik-balikkan supaya masak semua bahagian
masak sehingga keperangan

siap untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA



LOVE,

1 comment:

  1. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿