HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Thursday, May 23, 2019

KHASIAT DAN KEBAIKAN NENAS BATU


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Nenas batu dipercayai datang dari sebelah timur tengah. Tidak ramai orang yang pernah mendengar mengenai nenas batu dan apa khasiat “luar biasa” yang terkandung di dalam nenas batu ini.

Apa beza antara nenas batu dengan nenas biasa?
Bezanya ialah, berbanding nenas biasa, nenas batu mempunyai daun yang lebih kecil dan tirus. Inilah satu perbezaan yang ketara bagi kedua jenis nenas ini. Satu lagi perbezaannya ialah dari segi saiz. Nenas batu ini jauh lebih kecil dan mempunyai tangkai yang panjang.


Antara khasiatnya : 
  • Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
  • Boleh jadikan ubat untuk menjarakkan anak – minum selama tempoh hendak menjarakkan anak.
  • Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
  • Membantu melancarkan pembuangan angin.
  • Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
  • Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh jika rajin diamalkan. 
  • Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
  • Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
  • Membuang toksin dalam badan.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Mencantikkan bentuk badan
  • Menegangkan kulit
  • Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang
  • Memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah

Salah satu perkara penting yang perlu anda tahu ialah nenas batu yang terbaik datangnya dari negara yang terkenal dengan Piramid Gizanya, iaitu Mesir.

Nenas batu dari negara ini paling berkhasiat. Buahnya juga lebih besar jika dibandingkan dengan nenas batu dari negara kita ini, Malaysia.
Tetapi, hati-hati! Nenas batu juga ada yang tiruan.
Macam mana untuk membezakan nenas tiruan dengan asli ini? Ini adalah tipsnya:
  • Nenas batu asli akan menguncup sewaktu direndam
  • Nenas batu tiruan akan kekal rupanya seperti sebelum direndam.
Jadi, sebelum membuat keputusan untuk membeli nenas batu ini, kita perlu memeriksanya terlebih dahulu secara terperinci supaya kita tidak salah menggunakan nenas batu tiruan untuk kepentingan kesihatan kita. Zaman sekarang dikatakan terlalu ramai yang ingin mengambil kesempatan dengan menghasilkan buah-buahan tiruan untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang salah.

LOVE,

1 comment:

  1. JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
    AYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
    HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
    BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿