HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Thursday, May 9, 2019

KHASIAT DAUN CEKUR


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat. Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian.

Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik.

Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga mengandungi vitamin B, C, protein dan mineral. 

Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain. 

Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kembung perut, batuk, sakit tekak, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf, meredakan demam dan sebagainya. 

Kebiasaannya, ia dimakan secara segar.Ia juga boleh dibuat sebagai jus dengan meminum air perahan rizom untuk mengubati penyakit-penyakit tersebut. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat di pasaran . Selain itu, kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif. Cekur selalunya digunakan dengan daun jerangau.

Dalam perubatan tradisional, cekur sering disarankan kepada ibu mengandung khususnya untuk membanyakkan susu selepas melahirkan anak.

Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dan tampal pada payudara si ibu.

Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan, mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.

Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Pada peringkat tertentu daun cekur berserta daun intaran dan garam digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang sama. Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.

Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan.. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan juga membunuh kutu kepala. Orang Cina juga percaya rizom sebagaibahan penyelera makanan, membuang angin dalam perut, mengubati sembelit, sakit kepala, dan sebagainya.

Di Indonesia cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.

Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik. Daripada laporan yang diperolehi nyatalah bahawa cekur merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang paling popular digunakan oleh berbilang masyarakat di Nusantara.


SUMBER: google


LOVE,

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿