Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Meneruskan perjalanan dan pengembaraan di Taiwan seawal jam 7.00 pagi,
Selesai Check Out ... kami menuju ke 7 Eleven di bawah Hotel , untuk menukarkan tiket keretapi yang di beli melalui online.
ini adalah Itenary asal: DAY 2 - 22 MAC 2019 (TAIPEI - XINCHENG) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
➜ alhamdullilah semua yang dirancang berjalan dengan lancar, malahan kami dapat cover beberapa tempat yang tersenarai di hari terakhir.
South Gate
Chiang Kai-Shek Memorial Hall merupakan tempat semperna memperingati tokoh negara REPUBLIC OF CHINA (TAIWAN) iaitu Chiang Kai-Shek.
Kawasan yang cantik dan wajid dikunjungi.
➜ Dongmen Market - Dongmen Station - turun di Station Daan Park lebih kurang 8min (500m) | ||||
sangat bagus ni ada Mosquito Repellent di Daan Park
Pokok Maple
➜ dari Daan Park berjalan ke Taipei Grand Mosque
nak kesini perlu turun di Daan Park MRT Station dan EXIT 1 atau dari EXIT 2 korang boleh berjalan kaki lebih kurang 10min (800m)
nak kesini perlu turun di Daan Park MRT Station dan EXIT 1 atau dari EXIT 2 korang boleh berjalan kaki lebih kurang 10min (800m)
Taipei Grand Mosque
Masjid yang paling terkenal di Taiwan dan menjadi tempat berkumpul para muslim dan muslimat terutamanya pada hari Jumaat. Di sini korang boleh beli makanan halal yang terletak bersebelahan masjid.
➜ Berhampiran Masjid terdapat Restoran Halal , dan waktu kami sampai tu, hanya satu saja kedai yang buka awal , dan memandangkan di Taiwan makanan halal agak terhad jadi kami ambil keputusan untuk makan awal.
ni kedai sebelah Royal Indonesia Cafe
ada macam-macam menu
Nasi Goreng - NTD80
Nescafe panas - NTD20
Nasi Ayam Penget - NTD130
Kebab di hadapan Masjid Daan
➜ Selesai makan , ke Daan Park MRT - turun di Xinyi Anhe dan berjalan menuju ke
- Taipei 101
- Taipei World Trade Center
- Taipei International Convention Center
- Taipei World Trade Center Square
- Taipei City Council
- National Dr Sun Yat - Sen Memorial Hall
Taipei 101 atau Menara Taipei 101 merupakan mercu tanda yang paling terkenal di Taiwan kerana menara ini paling tinggi di dunia pasa suatu ketika dahulu.
Dari atas bangunan ini iaitu tingkat 89 korang boleh tengok permandangan bandar Taipei dengan lebih jelas.
Untuk ke sini menggunakan MRT sila turun di TAIPEI 101 MRT Station dan EXIT 4
Taipei 101
National Dr Sun Yat - Sen Memorial Hall
Tempat ini dibina untuk memperingati President pertama Republic of China iaitu Dr Sun Yat-Sen. Kebanyakan warga tempatan datang kesini pada waktu petang untuk rekreasi.
Dari sini juga korang boleh tangok Menara Taipei 101
Nak ke sini korang boleh turun di MRT Sun Yat-Sen Memorial Hall MRT Station dan EXIT 4
atau korang boleh jer berjalan kaki macam aku lebih kurang 5minit dari Taipei 101 ke sini.
➜ memandangkan kami ambil Train lewat petang ke Xincheng , jadi masih ada masa 3-4jam..kawan aku Ana ajak ke Red House dari Main Station turun di Ximen Station dan lintas jalan
XIMENDING
kalau di Korea tu macam area Dongdaemun
kawasan shopping 😀
RED HOUSE
terletak berhampiran MRT STATION XIMEN adalah bangunan dua tingkat yang dibina mengunakan bata merah dan siap dibina pada 1908.
➜ Lepak , Borak sambil makan Kebab di Peace Park
NTD62
(beli di depan Masjid Daan tuuu)
➜ Ke Taipei Main Station tunggu train untuk ke Xincheng
suasana di dalam Taipei Main Station
➜ Sampai di Xincheng Taroko Station jam 8.10malam - berjalan menuju ke Hotel Starry Inn
berjalan lebih kurang 3-4min
Hotel yang sangat selesa dan berbaloi dengan harga.
bersambung 😌
LOVE,
No comments:
Post a Comment