HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, June 3, 2019

LENGKUAS


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




Lengkuas adalah salah satu umbi–umbian yang kaya akan manfaat.
Ciri – ciri dari tanaman ini adalah batangnya tegak, daun berbentuk lancet memanjang, umbi berwarna putih kekuningan, beraroma khas.
Pada umumnya orang menggunakannya untuk bahan masak, namun sekarang anda dapat memanfaatkan lengkuas untuk pengobatan tradisional.

Bagi anda yang ingin menggunakannya tanaman ini mudah untuk ditemukan dan sangat melimpah.
Apakah khasiat lengkuas?
1. Masalah pencernaan
Perubatan Cina dikatakan menggunakan lengkuas dalam formula untuk merawat masalah-masalah pencernaan dan kesihatan sistem penghadaman. Jom kami kongsikan resepi ayam goreng lengkuas yang baik untuk pencernaan.
2. Menghilangkan bau busuk pada badan
Di India pula, lengkuas dikatakan digunakan sebagai pewangi tubuh, ketiak dan juga untuk menghilangkan masalah mulut berbau busuk atau halitosis.

3. Menjaga kesihatan perut

Air rebusan lengkuas dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan ubatan bagi melegakan masalah-masalah seperti kembung, dispepsia (pencernaan yang terganggu), muntah-muntah, dan perut yang mengembung.

4. Merawat arthritis, ulser dan radang perut

Lengkuas juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis, ulser dan keradangan perut, memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki, merawat cirit-birit dan melindungi tubuh daripada risiko-risiko kanser tertentu.

5. Anti oksida

Lengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas.

6. Mencantikkan kulit dan anti penuaan

Lengkuas banyak digunakan dalam penjagaan kulit. Jus lengkuas dikatakan boleh disapu pada kulit untuk merawat masalah kulit. Ia mengandungi 40 jenis antioksidan yang boleh membantu dalam melindungi kulit terhadap penuaan kulit.

7. Membuang toksin dan membaiki aliran darah

Herba ini dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh dan memperbaiki aliran darah. Ia melepaskan zat tambahan pada tisu kulit.

8. Menyembuhkan kulit terbakar

Apabila jus lengkuas ini disapu pada kulit terbakar, ini mampu melegakan rasa sakit serta menyembuhkan kulit terbakar.

9. Mengurangkan parut

Anda juga boleh menggosokkan hirisan lengkuas segar pada kulit lebih kurang 2 hingga 3 kali setiap hari bagi mengurangkan parut.

10. Membersihkan kulit

Lengkuas juga merupakan antiseptik dan pencuci hebat yang boleh membantu memastikan kulit bersih dan halus tanpa sebarang noda.

11. Menghilangkan jeragat

Lengkuas juga boleh digunakan sebagai penentang semula jadi terhadap jeragat. Apabila ia disapu pada jeragat, ia akan mengurangkan jeragat cara membersihkan bakteria daripada kulit.

12. Melebatkan rambut

Perubatan Ayurveda telah menggunakan lengkuas dalam rawatan rambut dan kulit kepala. Jika minyak ekstrak lengkuas disapu pada kulit kepala, ia dikatakan mampu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut.
Jika anda mengalami masalah rambut rapuh dan kering, gunakan minyak lengkuas untuk kerana mengandungi zink, vitamin dan fosforus yang diperlukan bagi memastikan rambut sihat bersinar.




  • Lengkuas juga merupakan sumber serat,besi,sodium,vitamin-vitamin A dan C serta mengandungi fitonutrien dan flavonoid seperti beta-sitosterol,Galangin,Emodin dan Quercetin.
  • Antara kegunaan lengkuas ini adalah boleh dihiris atau dijadikan serbuk, ubi ini antiseptik dan amat berguna untuk mengubati demam, sakit kepala, cirit birit, selepas bersalin, menguatkan penghadamann, menghapuskan cacing gelang, membersihkan darah serta sakit sewaktu datang haid.
  • Lengkuas mengandung anti-inflamasi dan kerana itu bermanfaat dalam pengubatan arthritis dan rheumatoid arthritis (radang sendi).
  • Membantu meringankan ketidakselesaan yang disebabkan sakit pada perut atau bisul.
  • Lengkuas mengandungi sejumlah anti-oksidan yang membantu meminimakan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan racun dalam tubuh.
  • Untuk meningkatkan peredaran darah dalam tubuh, Anda boleh memasukkan lengkuas dalam menu diet harian. Peredaran darah yang lancar pada akhirnya menjaga jantung tetap sihat.
  • Jika anda menderita cirit-birit, kunyah beberapa hiris lengkuas segar sebagai pengubatan alternatif.
  • Lengkuas mengandung banyak vitamin penting yang diperlukan oleh manusia seperti zat besi, sodium, vitamin A dan C, flavonoid dan fitonutrien.
  • Dengan mengunyah beberapa hiris lengkuas segar juga dikatakan dapat mengurangkan masalah cirit-birit.
  • Lengkuas mengandungi minyak alpinen, kamfer, methyl-cinnamate. Lengkuas berkhasiat sebagai anti kulat, anti bakteria, menghangatkan, membersihkan darah, menambah nafsu makan, mempermudah pengeluaran angin dari dalam tubuh, mencairkan kahak, mengharumkan serta merangsang otot.
  • Kegunaan lain lengkuas ialah untuk menghilangkan panau, kesakitan sewaktu haid, ubat untuk penyakit kulit, bengkak limpa, menguatkan otot yang lama tidak digerakkan dan membersihkan darah.
  • Lengkuas mampu mencegah dan mengobati tumor. Kandungan transkoniferil disasetat di dalam lengkuas diketahui mampu memusnahkan enzim xanthin yang merupakan salah satu penyebab tumor.
  • Lengkuas bersifat anti-inflamasi, kandungan galangin, dan karioferidanya membantu meredakan radang.


  • Sumber: google

    LOVE,

    No comments:

    Post a Comment

    ❤ RELATED POST ❤

    ✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿