APAKAH ITU MINYAK ZAITUN?
Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean. Oleh karana khasiat minyak zaitun yang tinggi, ianya banyak digunakan dalam kosmetik, perubatan, memasak, sabun, dan juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional.
APA FUNGSI MINYAK ZAITUN NI KEPADA TUBUH?
Dari sudut nutrisi pemakanan, badan kita memerlukan lemak sihat setiap hari. Apa, biar betul? Kan selama ini kita diberitahu untuk kurangkan makanan berminyak. Ha, itulah Hj nak share kat sini sebenarnya dah banyak kajian yang membuktikan bahawa khasiat minyak zaitun banyak memberi kesan positif kepada kesihatan.
Harus kita fahami bahawa lemak yang dimaksudkan adalah bukan dari jenis ‘trans-fat’. Sebaliknya mestilah majoritinya dari jenis ‘unsaturated fats’ (lemak tidak tepu). Lemak tidak tepu banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun.
Istimewanya minyak zaitun ia mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi samada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari. Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.
11 MANFAAT MINYAK ZAITUN KEPADA KESIHATAN
Antara sebab utama ianya dianggap satu makanan super (superfoods) adalah kerana kandungan khasiat yang terdapat dalam minyak zaitun. Ianya mengandungi lemak tidak tepu dan juga vitamin semulajadi. Ianya membekalkan khasiat (omega-3, omega-6, vitamin A,D,E,K) dan juga mengandungi sebatian polifeniols yang bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang memberi manfaat kepada tubuh seperti berikut:
- Meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan mengawal menurunkan kolestrol jahat (LDL)
- Menurunkan gula dalam darah
- Membantu menstabilkan sistem hormon (senggugut, keputihan, period tidak teratur)
- Melembap dan melembutkan kulit awet muda
- Membantu masalah kulit kering (eczema, kegatalan, psoriasis)
- Melancarkan tekanan darah
- Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan (sembelit)
- Meningkatkan fungsi otak
- Menjaga kesihatan jantung
- Memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
- Mengatasi gastrik
Sumber: google
LOVE,
numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*
ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
ReplyDeletehanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^