Hari ni aku nak kongsikan salah satu Korean Street food yang agak popular dan virak sejak kebelakangan ni iaitu Cheese Corn Dog.
Resepi yang mudah dan sedap untuk dibuat dan boleh dijadikan hidangan minum pagi atau petang.
Antara bahan-bahan yang diperlukan:
*sukatan ikut suka, yang penting bahan pekat supaya senang nak sosej disalut
- Tepung Gandum
- Gula
- Serbuk Penaik
- Garam
- Telur
- Susu Segar Sejuk
- Keju Mozarella
- Sosej
- Serbuk Roti
Cara-cara membuat Corn Dog:
- Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
- Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
- Salutkan sosej dengan keju yang telah dicucuk dengan lidi.
- Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
- Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.
Selamat Mencuba
LOVE,
No comments:
Post a Comment