HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Thursday, December 5, 2019

KHASIAT BUAH NAGA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Nak tahu khasiat buah naga? Buah naga atau dragon fruit merupakan buah dari jenis kaktus dari spesis Hylocereus dan Selenicereus. Buah naga berasal dari Amerika Latin yang kemudian tersebar ke Israel, Australia, Cina, dan negara Asia Timur seperti Srilanka, dan akhirnya sampai ke Asia Tenggara.


Buah naga mengandungi anti oksidan yang sangat tinggi. Di dalamnya terkandung zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine.

1. Melambatkan kesan penuaan pada kulit muka ( anti penuaan )

Ketahui banyak manfaat buah naga merah untuk diet. Buah naga kaya dengan vitamin c yang merupakan antioksida. Antioksida merupakan antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya dalam buah naga menentang radikal bebas pada kulit muka untuk melambatkan proses penuaan.
Jom kami kongsikan resepi masker buah naga untuk menghilangkan jerawat dan parut merawat. Caranya adalah kupas kulit buah naga dan ambil isinya lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu sapukan kewajah. Masker ini sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat.
2. Menghalang sel kanser daripada menjadi aktif
Antioksida dalam buah naga menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor.
Kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.
Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.
Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.
3. Meningkatkan kesihatan jantung
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.
4. Mengatasi masalah sembelit
Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman.
Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.
5. Meningkatkan sistem imun
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.
Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.
Bagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.
6. Menurunkan tekanan darah tinggi
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
7. Menstabilkan paras gula bagi pesakit diabetis
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.
Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes. Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam
8. Meningkatkan selera makan
Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan selera makan. Dalam dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah selera makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.

9.  Menguatkan tulang dan gigi

Kandungan fosfor dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana kita tahu bahwa tulang dan gigi sangat memerlukan asupan fospor dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sehat.

10. Mencantik dan menyuburkan rambut

buan naga juga boleh mencantikkan dan menyuburkan rambut. Makan buah naga dengan kerap atau boleh juga sapukan isi bush naga yang dihancurkan ke kepala. Biarkan selama 20 minit. Pastikan seluruh kulit kepala dan rambut diselaputi oleh isi buah naga.
11. Mencegah dan mengurangkan anemia
Di antara tanda anemia ialah kelesuan, sukar tidur malam, sukar menumpukan perhatian, dan berdebar-debar. Buah naga kaya dengan zat besi yang menggalakkan pembentukan sel darah baru.
Selain itu, buah naga juga kaya dengan vitamin c yang membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.

12. Mencegah glaukoma  kongenital
Glaukoma kongenital adalah suatu keadaan dimana terdapat tekanan pada bola mata lalu menyebabkan kerosakan mata. Makan buah naga dengan kerap membantu mencegah glaukoma kongenital.
13. Menyembuhkan luka dengan Cepat
Kandungan vitamin c dalam buah naga membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Makan buah naga atau minum jusnya. Boleh juga sapukan air buah naga ke kawasan yang luka.

SUMBER: google

LOVE,

2 comments:

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  2. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿