Drama Jauh ini juga diadaptasi daripada novel tulisan Aisya Sofea yang berjudul Jauh. Dan untuk pengetahuan korang Novel Jauh adalah novel pertama Aisya Sofea, dicetak sejak 1997, dan telah di ulang cetak berkali-kali...tapi aku baru jer baca...huhuhu
Jika drama Adam dan Hawa penggambarannya dilakukan di luar negara iaitu di Makkah dan Perth, untuk drama Jauh pula telah diadakan di sekitar Maghribi.
Barisan pelakon popular seperti Adi Putra, Fouziah Ghous dan Anzalna Nasir digabungkan buat pertama kali menerusi drama Jauh ini.
Sinopsis drama Jauh yang diadaptasi dari novel Jauh
Secara ringkas cerita ni pasai Ika yang telah bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Ika ke UK untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Diorang kawin. fikri tak mau memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.
Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.
"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."
Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.
"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada."
Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan. Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...
No comments:
Post a Comment