Hati tersangat happy sebab tadi makan coklat...jadi aku nak update cerita yg aku follow setiap hari , setiap petang dgn cerita yg tengah meletop , membakar hati setiap org yg menonton....SETIA HUJUNG NYAWA....nasib slot akasia ni hanya 28 episode...kalau 80 episdoe mcm Adam & Hawa tu....mau sakit hati kan.....hahahaha
Sorry lambat update , gara2 aku terlalu busy dgn pelbagai hal...huhuhu.
Tak kisahlah klu ada yg cakap dah lewat baru aku hegeh2 update , tapi bagi aku...selewat mana pun entri aku ini,sekurang-kurangnya ia tetap menjadi koleksi di blog aku ini ....
Sinopsis dari Novel: Pengantin perempuan lari? Zain
Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah
keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala
terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera
dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab
tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa
rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status
isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina
terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala
berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung.
Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat
dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya
tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini
diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain
takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke
hujung nyawa.
Sinopsis dari Drama: SETIA HUJUNG NYAWA:
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah
ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis
perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu
Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan
Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang
dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza
mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai
pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar
nikah bekas kekasihnya.Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
SETIA HUJUNG NYAWA ditayangkan di TV3 mulai 24 Disember 2012,
setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.
SELAMAT MENONTON
No comments:
Post a Comment