HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Saturday, November 3, 2012

ADAM DAN HAWA EPISODE 37-40



Assalamualikum...
Dah puas bermarathon, sekarang kita boleh follow episode terbaru yer...
 

Episode 37




Adam rimas dengan cara Dee untuk dapatkan cintanya. Ain kini pulak sering teringat-ingat kata-kata nasihat dari mak dan mertuanya…mula sedar walaupun sejauh mana Ain pergi atau lari hakikatnya Ain Hawani dan Adam Muhkriz masih suami isteri yang sah..!!Ain mula tak senang duduk dengan plan yang Mak Johan buat…bertandang sambil merisik Ain.Dalam masa Johan terkejut dengan plan maknya yang mendadak..malah Azie juga mula ada rasa cemburu. Johan jadil serba salah bila Azie pun nak join sekali untuk bertandang ke rumah mak Ain di kampong kerana Azie tak tahu tujuan mak Johan ke kampong.Normah yang serba tak kena terpaksa juga menyediakan hidangan untuk tetamu. Ain dan Eja sedang berkira-kira apa yang akan terjadi bila mak Johan sampaikan hajatnya dan yang jadi mangsa tentu sekali ibu mereka...!!Kehadiran Johan dan keluarganya memang dinantikan tapi kedatangan Azie bersama keluarga Johan membuatkan Eja terasa ada sesuatu yang tak kena…kenapa Azie kena ikut sekali..!!Azie masih berteka-teki tentang tujuan utama mak dan ayah Johan, siap 'ugut' Ain. Tapi Ain buat biasa aje.Faridah terus terang dengan niatnya. Normah tak senang duduk kerana dia tahu Ain masih tak berterus terang dengan statusnya. Cadangan Faridah untuk mengikat tali pertunangan dan mempercepatkan pernikahan Johan dan Ain membuatkan bagai malapetaka yang menimpa hidup Normah…!!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Episode 38
 
Musim buah sedang lebat. Johan teruja memetik buah-buahan begitu juga Azie. Azie akan ikut kemana aje Johan akan pergi. Perbuatan mereka berdua Eja dan Normah perasan..!Dee ada mengupah seseorang untuk mengekori Ain dan Adam. Dee nak tahu setiap apa saja perbuatan mereka. Dee dapat rasakan Ain tak tinggal bersama Adam. Dee akan cari cara untuk dapatkan Adam juga. Normah naik angin dengan Ain bila Ain tak serius tentang statusnya. Ain pulak rela bercerai dan sanggup pilih Johan dari Adam. Terang-terangan Johan memang baik dari mula berkenalan hingga sekarang Johan sentiasa menjaga hati dan perasaan Ain. Ain membandingkan Johan dan Adam. Normah marah tentang kebodohan Ain dalam menilai siapa Adam.Normah tetap dengan keputusannya Adam tetap menantu bukan Johan. Normah nak Ain cepat selesaikan masalahnya. Berterus terang pada keluarga Johan, jangan sampai menjadi kudis pada keluarga mereka nanti.Azie yang galak makan rambutan dan dengan tak disangka-sangka asma Azie menyerang membuatkan Johan orang yang paling panic sekali. Faridah dan suami nya juga jadi tak senang duduk melihat Azie yang sihat tiba-tiba sakit.Eja dan Normah cuba pertahankan Adam dan perubahan yang baik untuk menjadi suami yang terbaik untuk Ain. Tapi Ain tak nampak tu semua. Dalam keadaan stress tu Eja cuba yakin Ain, perubahan yang ada pada Johan dan Azie ketika mereka di rumah siang tadi. Ain tetap pertahankan cara Azie yang peramah dengan siapa aje..!! Ain marah bila Eja cuba burukkan Azie…


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Episode 39

Normah dan Eja cuba saiko Ain tentang perasaan Azie dan Johan. Ain langsung tak notis semua itu dan kini sering jadi tanda tanya pada Ain.Johan menjaga Azie sepanjang Azie terlantar di hospital. Azie makin rasa selesa dengan Johan. Mula membandingkan dirinya dengan Ain. Normah terus memujuk Ain..buangkan perasaan terhadap Johan, biarkan Azie terus bersama Joha
n. Johan berhak untuk dimilki bukan mainkan perasaan Johan.Dee cuba lagi untuk 'membeli' hati Adam, malah sanggup malukan dirinya depan Zul kawan Adam. Zul pun heran kenapa Dee sanggup buat semua demi Adam..!! Johan beranikan diri membawa Azie ke rumahnya, dengan alas an risaukan Azie kerana Ain tiada di rumah takut Azie sakit lagi. Azie suka bukan main bila Johan terlalu ambil berat tentangnya. Johan terkejut bila maknya secara senyap-senyap sudah melamar Ain untuknya. Buntu Johan tentang perasaanya sekarang ni..keliru..
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Episode 40

 Adam terus cuba memenangi hati Ain dan ketika itu Ain juga mula terasa dirinya ingin dibelai seperti seorang wanita lain juga. Tetapi Ain terfikir mengapa Adam tidak pernah jemu walau bertahun dirinya berpisah dengan suaminya itu.Azie pula cuba pikat hati Johan secara diam-diam tetapi Johan tidak pernah mengetahui perkara tersebut. Pada Johan dia mengambil berat tentang Azie kerana mereka seperti rakan baik sahaja.


 

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿