HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Thursday, November 8, 2012

TERINGIN MAKAN CHEESE KEK


Assalamualikum,

Rasanya dah lama aku nak makan dan nak try buat cheese kek hasil air tangan aku sendiri,lagi2 OREO CHEESE CAKE,tapi aku tak berapa yakin dgn kebolehan aku membaking...dek kerana setiap kali aku buat kek,pasti kek aku keras bantut ..huhuhu,ada kwn2 yg pandai buat cakap simple & senang jer nak buat...aku mcm nak jer suruh buat dan hantar bg aku...hihihi

Walaupun cheese kek tu ade yg nmpk comot,tapi sedap...pada pemgemar cheese cake pasti tahu nikmat cheese kek ni kan...hahaha,

Oreo Cheese Cake 



 
*Gambar Ehsan Abg G
Sekali tgk kek tu mcm ade ice cream atas tu,terliur jer....
 Sekarang ni aku tgk dh ada yg jual tepung cheese kek instant,klu tak salah ade yg jual RM35.00/pack blh dpt 1kg cheese kek,klu nak sedap boleh tambah topping RM10.00....Ish...ish...ish
persoalan skrg ni klu beli yg instant tu agak2 rasa sedap tak?
 nak try tapi takut khecewa...huahuahua

aku ada cari resepi cheese kek yg senang dan mudah
 & inilah resepinya

OREO CHEESECAKE
Bahan 
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan
Base
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling 
1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.
3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
5. Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
6. Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
7. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi


akan aku cuba juga suatu hari nanti....
suatu hari nanti....bila tu?
TuNGGGUuuuuuuu
bye3x


1 comment:

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿