HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Sunday, November 18, 2012

NOVEL ADAM DAN HAWA

Assalamualikum....

Mcm mana nak start ek?mmmmm.......Kan aku ade ckp aku ada beli novel,nak tahu tak novel apalah yg aku beli tu...hihihi,
Before tu aku nak cerita sikitlah,actually aku minat layan novel masa aku preggy si Tasha,tiap2 minggu aku akn beli novel,slps melahirkan aku jd busy smpai tak sempat nak membaca novel lg....setiap kali pergi kedai buku pun aku jadi tak berminat nak membeli.tuptup skrg ni minat membaca tu timbul....mesti kes byk cerita@drama di tv di adaptasi oleh novel kan....hahaha

Novel apa yg misteri sgt tu?
Misteri sbb aku cari merata kedai buku termasuk Popular tak ada...smpailah aku search di website karangkraf ade jual online,nyaris2 dah nak beli online,memandangkan tak berapa jimat kalau aku beli online,aku minta tlg Abg G carikan,rupa-rupanya ada jual di MPH,....hihihi


 sungguh2 misteri....

'
'
'
'
'
'
'
'
'

pon-pon....nilah novelnye



 aku dh baca smpai BAB 54,
best , touching , felling .....hihihi


Sinopsis dari novel Adam dan Hawa
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Sinopsis Drama Adam dan Hawa
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?



bukan apa,ni gara2 si ASTRO tu lmbt sgt ,so aku belilah juga novel ni...
sekurang-kurangnya aku tau ending cerita tu nanti,blh lah compare drama ke novel lg best...wakakaka
Thanks lah sbb menimbulkan kembali minat membaca saya

Bye-Bye :)



No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿