HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, February 18, 2013

BAYI 4BULAN DILAMBUNG??


Assalamaulaikum,

KUANTAN: 
Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.
"Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil. - Bernama





Masyaallah..Lagi kisah meyayat hati , MARAH , SEDIH  aku bila tgk video ni....... mmg kureng lah amah tu....boleh lambung-lambung bayi yg tak bersalah , yg tak tahu apa2 mcm anak patung jer...nasib baik parent budak tu pasang CCTV , boleh pantau apa yg jadi kalau tak mmg tak tau anak dia dok kena lambung mcm tu...huhuhu

Bila jadi mcm ni mesti ramai ibubapa yg rasa tak tenang bila tinggal anak2 di rumah dgn pembantu kan.. aku rasa pembantu rumah yg berkelakuan begini sebenarnya ada masalah mental..Nak dtg kerja di sini , tp demand mcm2 dgn kerajaan malaysia...minta bayar gaji mahal2 lah , minta cuti la...tak sedar diri ke ek?

Semoga ibubapa di luar sana berhati hati kalau nak ambik pembantu rumah, sebab susah kita nak menilai org dr luaran , dan aku rasa kalau yg na ambil pembantu tu elok pasang cctv 2-3 biji dlm setiap sudut umah, pelaburan lebih sedikit janji anak kita selamat....

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿