HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Friday, February 1, 2013

KHASIAT BUAH DELIMA



Assalamualaikum,

Alhamdullilah permulaan minggu yg sangat baik , yg ceria dan diberi peluang utk menambah sedikit ilmu utk kita semua...kik3x

 




Merah memukau kan buah delima ni....Tak mau beletiaq panjang2 , cuma ingin berkongsi khasiat BUAH DELIMA , terutama sekali khasiat untuk wanita mengandung...

Oooppsssss , bukan aku yg mengandung SEKADAR berkongsi pengalaman aku memakan buah delima sewaktu mengandung... petua org lama nak anak cerdik , bijak suruh makan buah delima...hihihi

Time aku nak cari punyalah susah , merata tempat tak de jual... nak makan pun kena buka secara manual , makan sebiji-sebiji....sekarang ni tak payah pening2 nak cari sebab dah ada jus delima....buka , tuang & minum jer

Dan pasti korang nak tahu khasiat buah delima kan?
Ni info yang aku dapat dr Abg G kita.

" Kajian di seluruh dunia telah dijalankan keatas manfaat kesihatan jus delima . Menurut penyelidik , ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan jus buah delima , ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah . Jus Delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi . Asid Folik yang diperlukan bagi pembangunan bayi yang sihat. Asid Folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA . Wanita yang mempunyai paras asid folik yang tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat"

sumber - mamashealth
 
Dan lg info:-
KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA
  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami.isteri
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dlm darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem pencernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga utk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkerkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yg sihat dan kulit yg cantik
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak/pelajar
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • membantu menstabilkan hormon wanita yg menopous

ada masalah seperti di atas , 
so tunggu apa lagi cepat-cepat pie cari jus buah delima dan jadikan amalan

Sharing is Caring

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿