HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Tuesday, February 5, 2013

KUKUHNYA MASJID KOBE DI JEPUN


Assalamualaikum,

Mesti korang terkejut dengan tajuk entri aku arini kan...cerita bermula apabila minggu lepas aku melawat bapa sedara aku di subang , bapa sedara aku menceritakan tentang Masjid Kobe di Jepun yg di lawatinya hujung tahun 2012 , keajaiban yang berlaku sebanyak dua kali namun tetap kukuh dan di sebabkan rasa ingin tahu yg lebih so aku mengoogle cerita tentang Masjid Kobe .

 
 ehsan Abg G


Kobe dalam bahasa Jepun bermaksud Gerbang Tuhan . Dan Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Sakura/Jepun yang didirikan pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku dan menjadi salah satu masjid yang bertahan terhadap kehancuran dari dua bencana dasyat sepanjang sejarah.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua .Penyerangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat pemerintah Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan. Dua kota Jepun iaitu Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Saat itu, kota Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua tingkap pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerena asap serangan bom. Tentara Jepun yang berlindung di basement masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat perkongsian mangsa perang.

 

 
 ehsan Abg G

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa yang terkenal dengan sebuatan Great Hanshin Earthquake, ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.

Gempa 7.3 skala richter yang mengoncangkan Kota Kobe ini meratakan 180ribu bangunan , mengorbankan hampir 35ribu penduduk dan hampir 300ribu kehilangan tempat tinggal.Namun untuk kedua kalinya Masjid Kobe menjadi satu-satunya bangunan yang tertinggal dan berdiri kukuh diantara bangunan-bangunan lain yang hancur di Kota Kobe serta menjadi tempat perlindungan sementara bagi mereka yang terselamat.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak Gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan korban jiwa 140ribu orang. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak tergoyah meskipun didera dengan pelbagai bencana.



Bila aku mendengar bapa sedara aku bercerita mengenai Masjid Kobe di Jepun teringat aku akan kisah dan trajedi yang sama seperti sebuah Masjid di Aceh Indonesia ketika dihempas ombak tsunami namun masih tetap berdiri teguh.
Keajaiban seperti ini juga terjadi lebih awal di Negara Jepun. dan inilah yang dinamakan keajaiban dari Tuhan. Semoga dakwah Islam di Jepun Masih seteguh Masjid Kobe. Amin...

2 comments:

  1. jom kita p jepun..aku nk cari mamat jepun islam buat laki hahahah

    ReplyDelete
  2. jom3x
    melawat tempat yg menarik & klu terbelaga bahu jgn lupa tegoq.....kahkahkah

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿