HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, February 18, 2013

Meteorite Crash in Russia


Assalamualaikum,


Baru hari ni aku berkesempatan mengupdate blog aku,gara2 aku bercuti seminggu di kmpg & kekurangan line internet. (hihihi)...dan arini juga aku baru berkesempatan update kisah yg mengemparkan iaitu kisah meteo di russia baru2 ini...


Serpihan tahi bintang (meteor) meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera. Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

 
Menteri dalam negeri Rusia berkata, lebih 400 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain, turut mengakibatkan komunikasi mudah alih dihentikan sementara.

 Menurut sumber Kementerian Kecemasan Rusia, pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan.
Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.

 bila tgk video ni rasa insaf dan sedih....
ni baru kecik yg jatuh,kalau besar...tak tau nak ckp :(
Nauzubillah, minta dijauhkan dari bumi Malaysia.....

Adakah ini petanda besar kiamat??
Tanda2 kebesaran Allah,Dia mampu melakukan segala-galaNya dan tiada siapa mampu melawan kekuasaanNya..


*Maklumat & gambar dr Google

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿