HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Saturday, April 27, 2019

APAKAH MAKSUD DIET SUKU SUKU SEPARUH?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Apa Maksud Diet Suku Suku Separuh ?

akhir-akhir ni, aku selalu jumpa kalangan sahabat dan kenalan di Facebook atau instagram yang buat diet suku suku separuh.
Rasa ingin tahu, buatkan aku mencari maklumat tentang apa maksud dengan diet suku suku separuh.
Yang aku nampak dari perkongsian mereka itu ialah hidangan makan yang di ambil, portion makanan tu memang menunjukkan sukatan nasi putih yang sangat sedikit, tapi lebih dengan sayur-sayuran dan juga lauk makanan sama ada ayam, daging, ikan atau telur.


Nutrisi adalah pengambilan makan yang dianggap berkaitan dengan keperluan diet tubuh. Pemakanan yang baik, diet yang mencukupi, seimbang dengan aktiviti fizikal biasa adalah asas kesihatan yang baik.
Nutrisi yang buruk boleh menyebabkan pengurangan imuniti, peningkatan kerentanan terhadap penyakit, perkembangan fizikal dan mentak yang merosot dan mengurangkan produktiviti.


Diet dan penyakit tidak berjangkit (NCD)
Berdasarkan laporan World Cancer Research Fund, apa yang kita makan dan status pemakanan kita boleh menjejaskan penyakit KARDIOVASKULAR dan beberapa jenis KANSER dan DIABETES.Makanan, diet dan status pemakanan, termasuk berat badan berlebihan dan obesiti, juga dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol darah, dan penentangan terhadap tindakan insulin. Keadaan ini bukan sahaja faktor risiko untuk NCD, tetapi punca utama daripada penyakit itu sendiri.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), obesiti di seluruh dunia telah meningkat tiga kali ganda sejal 1975. Pada tahun 2016, lebih daripada 1.9 bilion orang dewasa, 18 tahun dan warga tua, mempunyai berat badan berlebihan. Daripada jumlah itu lebih daripada 650 juta adalah obes. 39% daripada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas berlebihan berat dan 13% adalah obes.Kebanyakan populasi dunia tinggal di negara di mana berlebihan berat badan dan obesiti membunuh lebih ramai orang berbanding yang kurang berat badan. Bagaimanapun, obesiti boleh dicegah.

Piramid makanan atau pinggan sihat?

Panduan Diet Malaysia (MDG) diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan makan secara sihat dan kehidupan yang sihat bagi mencegah masalah pemakanan, termasuk NCD melalui pendidikan.

Dengan pembentukan MDG, Piramid Makanan Malaysia juga diperkenalkan telah disemak semula pada tahun 2010 (Gambar rajah 4). Piramid Makanan yang dibentuk dijadikan sebagai panduan bagi jenis dan jumlah makanan yang boleh digabungkan untuk dimakan sebagai diet yang sihat (MDG 2010).

Namun, hari ini kebanyakan cenderung memilih dan mengamalkan kaedah pemakanan Pingga Sihat Malaysia atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh berbanding piramid makanan.
Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai mengamalkan pemakanan secara sihat, Pinggan Sihat Malaysia telah dihasilkan sebagai alat visual untuk merancang makanan untuk setiap hidangan. Ia menunjukkan jumlah makanan yang perlu dimakan bagi setiap kumpulan untuk hidangan utama, seperti rajah 5 di bawah.



pembahagian makan dengan #sukusukuseparuh yang memang good idea kepada kaki makan supaya lebih bijak atur portion makanan.
Sekurang-kurangnya masih boleh makan nasi kan.

Orait, tapi jangan suka sangat. Dalam diet ni nasi yang diambil bukanlah dari jenis nasi putih yang banyak kanji yang macam kita suka makan tu.
Cadangkan kita ambil nasi dari jenis brown rice atau jenis brasmathi.
Roti pulak, sebaiknya ambik roti yang jenis whole grain.
Baru betul diet kan.

bye....
#semogaakulebihistiqomahuntukmengamalkandietsukusukuseparuh

LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿