HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Wednesday, April 3, 2019

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Salam Israk Mikraj,

Ini adalah ringkasan mengenai sejarah Israk Mikraj.
Jika ada yang tertinggal atau salah , boleh dinyatakan di ruang komen dibawah 😊

Israk Mikraj disambut pada 27 Rejab setiap tahun hijrah , ini adalah hari bermulanya pensyariatan solat lima waktu. Peristiwa dimana Nabi Muhammad s.a.w dengan izin Allah , diangkat ke langit berteu-Nya dalam masa yang singkat. Hanya yang benar-benar briman kepada Allah dan Rasullullah s.a.w yang bemar-benar percaya peristiwa ini pada waktu itu.



  • Sebelum peristiwa Israk Mikraj , Rasullullah s.a.w menjalani pembedahan dada yang dilakukan Malaikat Jibrail dan Mikail. Hati Rasullullah s.a.w dicuci dengan air zam zam , dibuang ketulan hitam (a'laqah) iaitu temoat syaitan membisikkan was-was.
  • Peristiwa Israk Mikraj ini berlaku setahun sebelum Rasullullah s.a.w berhijrah ke Madinah bersamaan dengan tahun 721 masihi. Tahun ini juga Rasullullah kehilangan dua insan yang paling disayangi , isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib (digelar tahun A'am al Huzni - tahun berdukacita)
  • Waktu ini, Baginda dan sahabat berada dalam tentangan kuat dengan Musyrikin Mekah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.
  • Rasullullah s.a.w Israk dengan menunggang Buraq - sejenis binatang - putih - panjang (tinggi) - lebih besar dari keldai , tetapi lebih kecil dari baghal , ia merendahkan dirinya hingga perutnya mencecah ke bumi. Ketika dalam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, baginda diiringi Malaikat Jibrail dan Israfil.


ISRAK - bergerak dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

  • Apabila tiba ditempat (mulia dan bersejarah) , Malaikat Jibrail mengarahkan Rasullullah solat dua rakaat.
  • Antara tempat berkenaan adalah:
  1. Thaibah (Madinah) - tempat Rasullullah s.a.w melakukan hijrah
  2. Bukit Tursina dan Baitul Laham - tempat Nabi Isa dilahirkan 
  • Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasullullah s.a.w turun dari Buraq , masuk ke dalam masjid dan terus mengimamkan seluruh nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
  • Bertembung dengan Jin Afrit



MIKRAJ - naik ke langit , sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH melalui tujuh lapis langit.

  • Bertemu nabi berlainan setiap aras, juga dapat memasuki syurga-syurga.
  • Terdapat 8 jenis Syurga:
  1. Jannatul Firdaus
  2. Jannatul Adnan
  3. Jannatul Khuld
  4. Jannatun Naim
  5. Jannatul Makwa 
  6. Jannatus Salam
  7. Jannatul Jalal
  8. Janatul Magamu Wal Qarar
  • Dalam pengembaraan Rasullullah s.a.w itu ,beliau menyaksikan banyak perkara dahsyat , seperti seksaan balasan , serta ganjaran terhadap perbuatan yang manusia lakukan di muka bumi.
  • Selain seksaan meninggalkan ibadat solat, Rasullullah s.a.w diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat, memberi sedekah, memakan riba, meninggalkan jihad pada jalan Allah, tidak menjaga lidah dan tidak memelihara anggota tubuh badan.
  • Nabi Muhammad s.a.w mendapat perintah solat secara langsung dari Allah tanpa perantaraan Malaikat Jibril. Baginda akhirnya mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali sehari menjadi 5 kali sehari semalam, namun penilaian Allah tetap memberi 50 ganjaran pahala.


"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud (Selain daripada apa yang aku saksikan ketika dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan umatku 50 waktu solat, lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan solat itu yang sudahpun dikurangkan kepada 5 sahaja) , maka Allah berfirman yang bermaksud: "Solat fardu (sehari semalam) itu tetap lima dari segi bilanganga dan ia tetap juga 50 dari segi pahalanya: Keputusanku tidak dapat diubah atau ditukar ganti" - Hadis Riawayat Bukhari


  • Selepas itu Rasullullah s.a.w turun ke langit dunia semula.
  • Seterusnya ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
  • Rasullullah s.a.w melalui 70,000 hijab daripada Nur hingga sampai ke Mustawa , tempat Kalam menulis yaitu Kalam Catatan di Luh Mahfuz, disitu Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy.



LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿