HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Tuesday, April 28, 2020

KUIH SAGU TANPA KUKUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



27/4/2020 Isnin - Ramadhan Day 4

Tiada apa yang indah melainkan di beri peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga. 
Dan selama tempoh 41hari kawalan pergerakan ini, aku banyak belajar buat kuih yang pada dulunya amat susah bagi ku 😁

Jom belajar buat Kuih Sagu 


Bahan bahan:

1 cawan sagu biji 
4 cawan air
½ cawan gula pasir - boleh tambah
Kelapa putih + garam

Cara cara:
  1. Masak 4 cawan air hingga mendidih. 
  2. Masukkan sagu ke dalam air mendidih tadi.Kacau sehingga hilang putih-putih
  3. Kemudian masukkan gula
  4. Tuangkan sagu diatas penapis untuk membuang lebihan lendir sagu
  5. Tuang kedalam loyang dan sejukkan 
  6. Potong mengikut kesukaan anda
  7. Kepala putih tadi digaulkan bersama sedikit garam, dan gaulkan sagu tadi 
  8. Siap untuk dimakan
Ni sagu yang aku masak
Saja aku beli sagu yang siap berwarna-warni
Masuk loyang dan potong 4segi dan gaul bersama kelapa

Tips:
1- Jika sagu direndam semalaman, hanya masak dengan 2 cawan air sahaja kerana sagu telah lembut.
2- Pastikan air untuk direbus sagu betul-betul mendidih
3- Kelapa yang digaul dengan garam dikukus seketika supaya tahan lama.

Selamat Mencuba


LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿