Sebut jer bubur keladi mesti teringat pada cerita HANTU KAK LIMAH kan.
Dan musim ni jugalah tetiba lakii aku lapaqqq bubur keladi 🤣.
Mau tak mau belajar jugalah masak... Hihihi
Korang pun boleh cuba yer...mana tau boleh jadikan juadah petang nanti
Bahan-Bahan
1 biji keladi
Sagu
3 sudu gula perang/merah
2 gula putih (jika suka manis lebihkan)
Secubit garam
2 cawan santan kotak
1/2 cawan air (agak-agak)
Cara Penyediaan
- Ubi keladi dbuang kulit, dicuci bersih dan dipotong.Rebus 3/4empuk. Angkat dan cuci dengan air mengalir. Toskan seketika.
- Sagu dimasak sehingga kembang. Masukkan ubi keladi.
- Masukkan gula putih, gula merah dan garam. Masak sehingga mendidih dan ubi keladi empuk sepenuhnya.
- Masukkan santan. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA
LOVE,
No comments:
Post a Comment