Assalamualikum,
Apasal sejak 2menjak ni aku dok cerita , dok suka kongsi hal2 yg berkaitan kesihatan jer...sebab dulu cita-cita aku nak jd Doktor ,nak jd pakar pemakanan tp cita-cita aku tertinggal dalam poket, beralih arah ke bidang lain yg kearah kecantikan, dah berfamily ni bertukar position lagi....
Bila di rumah ni, hari2 aku masak ...punya nak bg ank aku makan so aku ceritalah kat anak-anak aku apa special yg dia org akn dpt kalau makan makanan yg aku masak tu....
Korang pernah terfikir khasiat-kahsiat yg terdapat dlm sayuran tak?
Ada yg aku tau ada yg aku tak tahu...so aku mengoogle lah maklumat2 yg aku rasa penting utk kita dan anak2.
Pisang - Redakan Stress
Pisang boleh meredakan stress. Bila rasa tertekan cuba makan sebiji
pisang. Dengan hanya 105 kalori dan 14g gula, sebiji pisang boleh
mengenyangkan kita disamping meningkatkan paras gula dalam darah. Ia
juga mengadungi 30% daripada jumlah vitamin B6 yang diperlukan tubuh
dalam sehari yang membantu otak merembeskan serotonin iaitu hormon yang
membolehkan kita menghadapi krisis dengan tenang.
Strawberi selain dari mempunyai rasa yang sedap ia juga boleh digunakan
dalam perubatan tradisional . Buahnya yang kaya dengan vitamin C baik
untuk menjaga kesihatan kulit. Daunnya boleh direbus dan diambil air
rebusannya untuk digunakan bagi mencuci dan mengubati kudis ataupun
luka. Daun strawberi yang telah direbus boleh ditampal
kebahagian-bahagian luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.
Kucai - Ubati Masalah Wanita
Daun
kucai mengandungi vitamin B, C, korotena dan komponen belerang yang
berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan
menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus
selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya
pembekuan darah. Kucai selain boleh dimakan sebagai sayur daunnya juga
boleh ditumbuk lumat dan dicampur air panas lalu diminum untuk
menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut
Bendi
mengandungi 2% protin, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu bendi
juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai
untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan
sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat
gonorea, siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.
Lobak Merak - Bersihkan Sistem Penghadaman
Rupanya
sayur-sayuran dan buah-buah ni selain mengandungi zat-zat yang baik
untuk kesihatan tubuh badan ia juga boleh jadi penawar kepada sesetengah
penyakit juga.
Hope sedikit info ini boleh mendatangkan manfaat utk kita semua
Bye3x
No comments:
Post a Comment