Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini aku nak kongsi menu mudah untuk membuat pizza tanpa perlu menguli doh.
Simple dan marvelous dan hanya mengunakan beberapa bahan saja .
Okey inilah cara-caranya:
- Roti Maximo @ Gardenia (aku guna maximo)
- Sosej
- Sos spaghetti @ tomato puri
- Cendawan Butang
- Cheese
- Mayonis
Ni aku guna bahan yang ada dirumah sahaja.
Korang boleh buat ikut kreativiti korang sendiri yer....
Nak tambah cili bengala (capsicum) pun boleh jika ada
Seterusnya
- Sosej dipotong 2 dan Grill sosej diatas pan
- Potong nipis cendawan butang dan grill diatas pan
- Angkat dan ketepikanketepikan
Kemudian
- Sapu sos spaghetti @ tomato puri diatas roti
- Letak cheese , sosej dan cendawan butang (memandangkan aku terlupa nak letak cheese, so aku letak cheese diatas.....Hihihi )
- Dan jangan lupa Mayonis
- Bakar diatas pan - atau dalam ketuhar selama 15minit
- Siap untuk di hidang dan makan
Selamat Mencuba !
LOVE,
No comments:
Post a Comment