HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, June 24, 2019

BERCUTI KE TAIWAN


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Taiwan!
Ahamdullilah setelah berbulan delay entry aku ini.. Akhirnya aku diberi kekuatan untuk menyambung menaip secara terperinci itinery aku ke Taiwan pada March 2019 

Sebelum aku lanjutkan ke Itinerary, aku nak cerita sedikit basic info mengenai Taiwan.

Taiwan terbahagi kepada -


  1. Taiwan Utara - Taipei, New Taipei, Keelung City, Taoyuan City, Hsinchu City
  2. Taiwan Timur - Yilan, Hualien, Taitung
  3. Taiwan Tengah - Taichung, Miaoli , Changhua, Nantou
  4. Taiwan Selatan - Yunlin, Kaohsiung, Chiayi, Pingtung, Tainan
  • Nama rasmi Taiwan adalah REPUBLIC OF CHINA (ROC) berbeza dari People Republic of China (PRC) atau sering kita sebut China Bukit 😁
  • Taiwan adalah Negara Kepulauan dengan Pulau Formosa sebagai yang utama. Ketika Portugis menemukan pulau Taiwan pada abad ke-16, mereka menyebutnya dengan Ilha Formosa (Pulau yang Indah). Nama tersebut menjadi nama rasmi sampai Perang Dunia II dan sekarang Formosa masih digunakan sebagai nama tidak rasmi bagi Taiwan. Taiwan dalam bahasa Cina artinya Teluk bertingkat. Ukuran Pulau Formosa tiaklah sekecil Singapura atau Hong Kong, tetapi sedikit lebih besar dari Pulau Timor
  • Di Taiwan terdapat 14 suku Ab-origin, yang mencapai 1,8% dari penduduk Taiwan. Suku Ab-origin diperkirakan sudah mendiami Taiwan selama 8000 tahun sebelum imigrasi masal oleh Dinasti Han Cina pada abad 17.
  • VISA - Rakyat dari negara Malaysia pasport boleh menikmati tempoh tanpa visa ke Taiwan tidak lebih daripada 30 hari tempoh. Bagi yang berhasrat untuk tinggal lebih 30 hari lama, perlulah memohon visa.
  • BAHASA UTAMA - Bahasa Mandarin merupakan bahasa kebangsaan. Bahasa Taiwan yang hampir menyerupai bahasa Hokien / Fuji, digunakan secara meluas. Di pusat-pusat pelancongan, kakitangan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Jepun.
  • IKLIM - Taiwan terletak di antara kawasan moderat dengan kawasan tropical dan beriklim subtropical. Suhu purata tahunan kira-kira 22°C kecuali kawasan pergunungan.
  • Kalau korang tak nak tersadai dekat sana akibat typhoon season jangan lupa untuk membeli TRAVEL INSURAN , sebab travel insuran sangat berguna untuk negara macam taiwan (negara berisiko - malang tidak berbau)
  • MATAWANG - adalah NEW TAIWAN DOLLAR (NTD) tetapi dalam bahasa Mandarin juga disebut YUAN (YUEN).Mengikut kadar yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia pada March 2013, kadar pertukaran mata wang ialah RM1.00 = NT$10.48. Wang tunai dan cek kembara boleh ditukar di kebanyakan bank dan pejabat pos besar, dan juga dalam beberapa hotel dan gedung membeli-belah. Penggunaan kad kredit diterima meluas di Taiwan. Wang kertas bank terdapat dalam denominasi NT$ 2000, 1000, 500, 200, dan 100. Duit syiling dalam 50, 20, 10, 5 dan 1.Bagi kemudahan pelancong Malaysia, adalah disarankan supaya menukar matawang RM ke NT$ di Money changer atau bank-bank Malaysia terlebih dahulu sebelum berlepas ke Taiwan.

  • Meskipun penduduknya adalah etnik China dan suku asli Taiwan, secara budayanya Taiwan juga banyak dipengaruhi oleh Jepun.Hal ini kerana mereka di jajah oleh Jepun selama 50tahun. Kebetulan sejak akhir-akhir ini ramai pelancong Jepun yang datang ke Taiwan dan banyak papan tanda tulisan Jepun dimana-mana.  Seperti orang jepun juga orang-orang di Taiwan sangat ramah dan ringan tulang membantu pelancong. Kalau sesat atau nak tahu apa-apa , jangan malu bertanya pada mereka.
  • Transportation di Taiwan cukup sistematik, reliabel dan tidak begitu mahal. Kota Taipei dan Kaohsiung memiliki jaringan MRT (Metro) atau TRA (Taiwan Railway Administration) atau HSR (High Speed Rail). Dan MRT is the best option, mudah dan efisen, MRT ada 5 line mengikut warna iaitu BLUE , BROWN , GREEN , RED dan ORANGE. Tambang MRT boleh dibayar menggunakan EASY CARD
  • Easy card - lebih kurang macam Touch N Go dkt Malaysia jer, boleh top up nilai di mana-mana station MRT atau convenience store seperti 7-Eleven,, Family Mart.
  • Halal Food - kalau di google memang terdapat banyak halal food di Taiwan.Memandangkan kami menetap di kawasan Main Station kami hanya memilih beberapa tempat sahaja. Contohnya di Taipei Grand Mosque , Chang's Beef Noodle dan di kawasan Beimen Station
  • Secara umumnya , Taiwan tidak terkenal dengan makanan tradisional kerana mereka selalunya akan ambil makanan dari luar dan kemudiannya di olah secara kreatif dan mereka menjualkannya semula dengan rasa yang lebih sedap 
  • Menara Taipei 101 atau Pusat Kewangan Taipei menduduki peringkat kedua Menara tertinggi di dunia setelah Burj Khalifa di Dubai.
  • Taiwan mempunyai banyak museum bersejarah yang besar dan kaya di seluruh Asia yang terdiri dari 35000 artifak yang sudah berusia berabad-abad dari seluruh dunia. Banyak pelancong berkumpul di sini untuk melihat koleksi permata, lukisan, patung dari banyak dinasty. Museum yang paling terkenal di Taiwan adalah Museum Nasional Prasejarah Dunia.
  • Trak sampah dengan muzik - Di Taiwan trak sampah dilengkapi dengan muzik yang kuat untuk mengundang orang membawa sampahnya ke trak.
  • Orang Taiwan sangat suka berbasikal Pemerintah mengeluarkan dana besar untuk membangun jalan berbasikal. Ibu kota Taiwan, Taipei, mempunyai infrastruktur luas untuk para mengayuh basikal.
Bayangkan Taiwan merupakan salah satu Negara yang terkotor di Asia pada 25tahun yang lalu...dan sekarang Taiwan merupakan antara negara paling bersih di Asia.
Betapa pantasnya transformasi yang berlaku di Taiwan dan banyak sebenarnya yang kita boleh belajar dari mereka.

Sumber:

LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿