HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Sunday, August 4, 2019

SAMBAL TOTOK


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Dah berapa hari ini selera makan agak berkurangan. Mungkin sebab badan tak berapa sihat...Nak makan apa pun rasa macam tak selera aje dengan tekak. 

Inilah yang aku nak kongsikan dengan korang semua sambal tok-tok (sambal totok).

Memang betul-betul membuka selera hari ini. Boleh bertambah-tambah makan nasi... ya Allah.. sedapnya... tambahan pulak di makan bersama Petai dan Terung Rebus memang makan tak toleh kiri kanan dah lah..

Sambal tok-tok atau ada yang memanggilnya sambal totok di katakan popular di kalangan masyarakat Jawa.
Sambal ini di katakan juga sebagai pembuka selera.

Cara membuatnya cukup mudah, dan rasanya memang sangat sedap..tapi untuk versi aku ni... Aku tak letak Ikan Bilis Goreng...

Dan bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 10-15 biji cili padi 
  • 4 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • Sedikit belacan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam & sedikit gula
  • Limau kasturi 

Cara-caranya: 


  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bawang merah, bawang putih, cili padi,  cili merah bersama belacan, garam gula dan angkat, toskan dan biarkan sejuk seketika. 
  2. Tumbuk kesemuanya tumbuk kasar-kasar sahaja.
  3. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda

SELAMAT MENCUBA

LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿