HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Sunday, October 28, 2012

ADAM DAN HAWA episode 1-4

Assalamualikum....
Terpanggil-panggil aku untuk buat entri khas cerita ADAM DAN HAWA,disebabkan ramai yg bising2 sbb tak dapat tgk cerita Adam dan Hawa yang hanya ditayangkan di MUSTIKA HD..almaklumlah bukan semua langgan channel ni kan....

So mulai dari hari ini, kwn2 yg nak ikuti siri ADAM DAN HAWA bolehlah follow entri aku ni secara marathon...hihihi & Hopefully entri aku ni tak terlalu lewat utk korang nak follow






Episode 1


Pertemuan tidak sengaja antara Ain dan Adam dipersimpangan jalan bersama teman wanitanya Dee membuatkan Ain memandang sinis pada Adam yang tanpa segan silu bermanja-manja di dalam kereta. Perbuatan keterlaluan dan perangai mengada Dee yang Adam suka layan sehingga dia diberi gelaran `playboy` Ain yang menuju ke Tadika Bintang Kecil terkejut sekali lagi apabila kereta yang sama dipersimpangan jalan berhenti di tadika tersebut. dia merasakan sesuatu tidak kena. Hakikatnya Ain suka melihat ketampanan Adam begitu juga Adam yang suka mengusik perempuan. Sementara itu, gelagat cikgu-cikgu di tadika juga cuba menarik perhatian Adam. Terutamanya Cikgu Zauyah yang cuba sedaya upaya hendak menggoda Adam. Kenakalan Adam terserlah bila Ain diusik ketika waktu temuduga yang sepatutnya dilakukan oleh Kak Zah. Jadi apakah kesudahan Adam & Hawa untuk episod pertama ini? 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 2


Mama Adam, Maria mula sibuk bertanyakan tentang pilihan hati Adam untuk berkahwin awal. Adam sentiasa cuba mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Tetapi yang pasti Dee iaitu teman wanita Adam bukan pilihan maria. Ain rasa seronok setelah mula bekerja sementara Adam sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Ain di tadika. Adam mula seronok melihat dan mengusik Ain tetapi Ain tetap dengan gaya bersahaja yang masih keanak-anakan. Dee yang cuba menghubungi Adam berasa geram apabila tiada jawapan dari Adam dan ini telah menimbulkan syak wasangka. Apakah yang akan terjadi dalam episod kedua drama bersiri Adam & Hawa kali ini?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 3


Dee mula merancang sesuatu untuk memenangi hati Adam. Tetapi Maria, mummy kepada Adam memang tidak berniat untuk menjadikan Dee sebagai bakal menantu pilihannya. Pelbagai cara yang dilakukan Dee supaya Adam masuk meminangnnya.Apakah kesudahan yang akan berlaku untuk episod ketiga drama bersiri Adam & Hawa ini? 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 4

 
Adam mula banyak menghabiskan masa di Tadika Puncak Ilmu demi Ain. Cikgu-cikgu di tadika tersebut sudah mula membuat spekulasi tentang hubungan yang terjalin antara Adam dan Ain. Tetapi ikatan mesra mereka mula diganggu oleh Cikgu Zauyah yang cuba memikat Adam. Apakah yang kesudahan di episod empat ini nanti?


bersambung ke next entri ;)

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿