HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, October 29, 2012

ADAM DAN HAWA episode 13-16

Assalamualaikum.... 
Fuuuhhhh......best tak korang layan Adam dan Hawa ni secara marathon,hihihi....
Tak kisahlah,sekurang2nya bila episode ni dah berakhir,korang still boleh tengok :P


Episode 13





Ain mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Australia. Oleh kerana Ain seorang bercita-cita tinggi,apatah lagi dengan kejadian kahwin paksa,Ain membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke Australia..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 14


Normah tak sangka,mama Adam seorang yang baik dan terima seadanya.Normah berharap dia dapat memujuk Ain utk tidak menerima tawaran belajar di luar negara.Namun,Ain tetap dengan pendiriannya.
Ain masih lagi janggal dengan status isteri di usia muda.Adam mula merasai kehilangan Ain namun egonya mengatakan tidak.Dia mempersoalkan tanggungjawab Ain sebagai suami. 
 Dee tidak serik untuk memujuk Adam hinggakan sanggup menjadi isteri kedua Am.Ain berat hati untuk berjumpa dengan mama Adam.
Ain bersemangat untuk ke luar negara.Ain mencoretkan sesuatu dalam dairinya dan meninggalkannya seperti meninggalkan  semua kenangan pahit yang berlaku.Namun,cik Ted tetap akan dibawa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Episode 15


Ain kini tiba di Australia dan mempunyai teman rapat yang gila-gila Azie. Kehadiran mereka disambut oleh Johan pelajar senior.Pertama kali jumpa, Johan merasai sesuatu perasaan yang lain.Johan selalu membantu mereka berdua. Ini kerana Johan akan sentiasa berjumpa Ain.
Adam dan mamanya pergi ke kampung untuk menjernihkan keadaan.
Adam terpana bila Ain meninggalkannya begitu sahaja,.
Tadika sunyi tanpa Ain.Cikgu Zauyah mula mengaku salahnya pada Ain.
Kini setelah beberapa tahun,Adam dan Ain saling merindui,cuma ego menguasai mereka.
Suatu hari,ketika berjalan-jalan,Ain tergamam bila seseorang yang dikenali di depan mata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 16

Pertemuan Kak Zah membuatkan Ain terharu.Mereka bertemu setelah beberapa tahun terpisah.Ain mula rasa bila mama Kak Zah ada,bermakna Adam bersama mereka.Azie berpakat dengan Johan untuk aturkan "dating" mereka. Lama Johan menantikan Ain yang bertemu dengan kenalannnya. Johan tidak tahu siapa..Lama menanti hingga Azie muncul kembali., Johan frust..menunggu lama.Inilah pertemuan pertama Ain dengan mertua, Maria terharu dan menerima Ain seadanya. Malah cuba memujuk hati Ain supaya menerima Adam.Kisah lama terkeluar kembali.Rupa-rupanya angkara Dee. Tapi pada Ain tiada gunanya kerana dia belum bersedia dengan ikatan perkahwinan bersama Adam.Mama min Ain berjumpa dengan Am walau seketika. Ain berat hati
Ain akhirnya bersetuju  berjumpa Adam demi mertuanya.Walaupun sebenarnya ada perasaan rindu itu.Pertemuan dua hati setelah beberapa tahun. Tanda tanya bermain di fikiran Johan. Siapa lelaki itu?

bersambung.....


No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿