HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, March 4, 2019

DISCOVER HONG KONG PART 2 (MACAU)


Assalamualaikum

Semangat untuk ke Macau , pagi-pagi dah keluar dari hotel berjalan kaki menuju ke CHINA FERRY TERMINAL CANTON ROAD





Kawasan yang kami lalui adalah kedai-kedai jenama terkemuka seperti
MIU MIU, CHANEL , LONG CHAMP, FENDI , BURBERRY , DOLCE & GABBANA dan banyak lagi.







memandangkan terlalu awal , sekitar jam 7.00pagi
so kedai pun tak buka lagi ,
posing depan kedai jer lah..hihihi


berjalan sehinggalah jumpa bangunan ni


jangan silap yer, kaunter tiket dalam shopping kompleks ini,
aku dan Ana pun pusing menilau cari tak jumpa
tanya orang sekeliling pun dah serupay ayam itik....huhuhu

selesai beli tiket TURBOJET

HKD164/pax = RM158.50 nilai ketika itu
harga pergi dan balik.

untuk ke Macau melalui Hong Kong tidak memerlukan visa, 
tetapi kita diberikan Arrival Card dan Card itu hendaklah dipulangkan selepas keluar dari Macau.



dalam feri


perjalanan mengunakan feri lebih kurang 1jam sampai dan 
lebih kurang jam 10 kami smpai ke Macau







Mula tu nak gamble jer di Macau, tapi setiba di Macau fikiran berubah untuk menggunakan khidmat van ...hihi

banyak jer pemandu van yang menunggu di jeti , pilih jer yang mana harga ok
macam yang kami ambil ni boleh cakap Indonesia sikit-sikit.
dan harga yang di tawarkan adalah MOP700 (2pax) termasuk tikat naik MACAU TOWER.

bagi kami murah lah lebih kurang RM150/pax

1st pit stop - MACAU FISHERMAN WHARF






dalam 30min jalan pusing dan ambil gambar
meneruskan perjalanan ke perhentian ke-2






KUN LAM ECUMENICAL CENTER



gambar kat sini tak banyak sebab panas litlit

seterusnya ke MACAU TOWER 
MPO135 = RM67.50

harga ni dah bayar tadi, so pemandu hanya claim entrance tiket sahaja






view of MACAU





selesai bergambar dan beli FM (fridge magnet) buat kenang kenangan

meneruskan perjalanan ke PRACETA DO MUSEU DE MACAU


The Ruins of St.Paul's Jack


PRACETA DO MUSEU DE MACAU sisa peninggalan Katedral St. Paul, yang pernah dianggap sebagai bangunan Kristian terbaik di Timur Jauh, adalah bangunan depan Renaissance, sebuah landmark Macau yang berdiri di puncak tangga luas granit. Selepas pemusnahan gereja pertama dengan api pada 1601, yang baru diselesaikan pada tahun 1637, dimodelkan pada gereja Gesù di Rom dan dibina oleh orang Kristian yang dihalau keluar dari Jepun. Gereja itu dimusnahkan oleh taufan dan api pada tahun 1835, tetapi façade baki masih memaparkan sedikit kemuliaan bekas katedral.
(google)

selesai City Tour di Macau dan kami pulang ke pangkal Hong Kong...hahaha

sampai di Hong Kong sekitar jam 4.00ptg
berjalan kaki dari China ferry Terminal...ni orang kata jalan ikut kaki sambil tangan pegang peta
tukang pegang dan tilik peta ialah ANA





jalan-jalan

dan terjumpa KAWLOON PARK



berhenti ambil gambar
minum ayaq mineral (ayaq)
regangkan urat kaki ....huhu

terus berjalan dan jumpa MASJID KAWLOON
tapi masjid kawloon tiada kantin


sekitar kawasan masjid terdapat banyak HALAL RESTORAN

berhadapan masjid HAIPHONG MANSION
kami makan di restoran pakistan yang terletak di tingkat 2




lunch merangkap dinner jam 4.00 petang

di Haiphong Mansion juga terdapat Hostel dan Hotel
dan kawasan ni tidak terlalu crowded dan tidak kotor seperti di Chungking Mansion.


Selesai makan, kami berjalan tanpa arah  sehinggalah terjumpa 
HONG KONG AVENUE OF COMIC



Tempat yang agak tersorok 


naik-naik tangga ni jer
tudiaaaaa.......patung kartun pelbagai watak animasi Hong Kong











aku sendiri tidak tahu nama-nama watak kartun animasi ni
memang sesuai untuk peminat komik.



last......



dan menapak balik ke Hotel di Chungking Mansion
Penat weiii
mandi dan tidur 
dan bersedia untuk perjalan esok 

byee




No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿