HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Saturday, March 16, 2019

TAKOYAKI



ASSALAMUALIKUM & SALAM SEJAHTERA,


Alkisah asalnya Takoyaki

Takoyaki , adalah nama makanan asal dari daerah Kansai di Jepun yang berbentuk bebola kecil sebesar 3-5cm yang diperbuat dari adunan Tepung Gandum dan didalamnya diisi dengan potongan Sotong.

Takoyaki ni kiranya makanan jajan orang-orang di jepun. Sebab dijual di tepi-tepi jalan saja.
dan aku kenal takoyaki ni pun sewaktu di Kuala Lumpur di Aeon Maluri atau dulu nama Jaya Jusco .

Memang sedap.....ada macam-macam rasa boleh dipilih
Ayam Cheese ,Udang, Sotong, Abalone, Unagi

Ok ok .... Berbalik kepada cerita aku yer
Bila jumpa jer acuan Takoyaki, terus beli...... Hihihi

Bila dah beli acuan tak kan tak buat kan,
Test power lah sikit ......
Cuma masalah aku di Alor Setar ni bahan-bahan masakan Jepun susah dapat, jadinya kesempurnaan pada Takoyaki aku tu terhad......tapi rasa tidak mengecewakan


Bahan-Bahan Seperti Berikut:
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Telur
  • Susu cair
  • Baking powder

- masukkan semua bahan dan blender sehingga tiada ketulan dan simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 1jam


Bahan-Bahan Inti

  • Kubis
  • Carrot
  • Daun bawang/Daun Sup
  • Sotong
  • Sosej Keju
  • Udang

- kubis ,carrot, daun bawang,bawang sup dicincang
- sotong ,udang dicelur separuh masak dan toskan


Bahan Sos

  • Bawang Besar - cincang/tumis
  • Bawang Putih - cincang/tumis
  • Halia - tumbuk halus/tumis
  • Shitake Mushroom - cincang/tumis
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
  • Kicap Kikkoman - kicap cair pn boleh
  • Tepung Jagung

- bawang besar, bawang putih ,halia ditumis
- masukkan shitake mushroom
- masukkan sos tomato ,sos tiram ,kicap kikkoman dan last sekali tepung jagung untuk pekatkan

Tesco RM14.23

Bahan Hiasan

  • Mayonis Kewpie
  • Kicap Kikkoman
  • Bonito Flake


Gambar Ehsan Uncle Google
Yang dok tanya apa itu bonito flake....
Ni lah diaaaaa.....
boleh beli dekat kedai barangan Jepun atau di Aeon Jusco cari lah yang halal dan toyyiba

Selamat Mencuba

LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿