HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, July 1, 2019

SIAKAP TIGA RASA


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Tergantung lagi entry ke Taiwan dek kerana Masakan Siakap 3 rasa untuk makan tengahhari ni....hihihi

Resipi mudah untuk 1 july 2019
masuk sos-sos campak seperti biasa.....kalau buat tiga rasa mana leh tak letak sos kan.
Okeh...ni cara saya buat siakap 3 rasa. Cher tengok sama dak resipi kita.


1 ekor Siakap kecil lumur garam kunyit . Goreng deep fried dan Ketepikan.

Sos 3 rasa:
Bahan tumis
Bawang Besar @ Bawang Holland - potong dadu
Serai - jika ada ketuk
Tomato cherry - potong 2
Cili hijau - potong kiub
Cili merah - potong kiub
Timun jepun - potong kiub
Nenas - jika ada
Daun Ketumbar

Tumis semua bahan ni sampai layu,
pastu masukkan 2 sudu besar cili boh

Lepas tu masukkan sos2 berikut,: (agak2 jer)
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sos ikan

Perasa:
Sedikit garam

Lepas tu masukkan timun jepun , nenas cincang dan daun limau purut (jika ada)
dibuang urat tengah tu.

Masukkan air sedikit kalau nak berkuah.
Sebelum tutup api taburkan sedikit serbuk lada putih untuk lebih sedap dan naikkan rasa.
Siap. Tuang atas ikan. Makan Panas-panas. 

Kalau ada daun ketumbar, letak la atas sos.
Baru nampak macam makan kat kedai tomyam 😍.

Selamat mencuba ya adik2, n kakak manis.


LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿