Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pic Google
Khasiat avocado yang saya baru tahu hari ini sangatlah banyak.
Biasanya buah ini dimakan beserta dengan salad.
Disebabkan oleh budaya pemakanan buah ini jarang diamalkan oleh rakyat setempat, kita sebenarnya agak rugi.
Berikut adalah 9 khasiat buah avocado untuk seisi keluarga yang perlu anda tahu:
1. Avocado Banyak Nutrisi
Buah avocado mengandungi banyak nutrisi penting dan biasanya diletakkan di dalam banyak juadah di barat – untuk menambahkan rasa dan tekstur.
Pada zaman sekarang, buah avocado telah menjadi tumpuan dan popular dalam kalangan orang yang pentingkan soal kesihatan.1. Avocado Banyak Nutrisi
Buah avocado mengandungi banyak nutrisi penting dan biasanya diletakkan di dalam banyak juadah di barat – untuk menambahkan rasa dan tekstur.
Di antara nutrisi yang terdapat di dalam buah avocado adalah:
- Vitamin K
- Folate
- Vitamin C
- Potassium
- Vitamin B5
- Vitamin B6
- Vitamin E
- Selain itu, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).
2. Avocado Mempunyai Potasium Yang Lebih Tinggi Berbanding Pisang
Potasium adalah salah satu nutrient yang orang selalu kurang ambil. Potasium boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan, selain berperanan penting di dalam badan.
Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium. Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang, yang mana sudah dikira buah yang tinggi kadar potasiumnya.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah, iaitu satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.
3. Avocado Mempunyai Asid Lemak Monotaktepu (Monounsaturated Fatty Acids)
Buah avocado tidak dinafikan bahawa mengandungi kadar lemak yang tinggi. Malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut, membuatkan buah ini antara buah yang berlemak.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah, iaitu satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.
3. Avocado Mempunyai Asid Lemak Monotaktepu (Monounsaturated Fatty Acids)
Buah avocado tidak dinafikan bahawa mengandungi kadar lemak yang tinggi. Malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut, membuatkan buah ini antara buah yang berlemak.
Tetapi, perlu ingat bahawa lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid).
Ini bermaksud bahawa ianya adalah asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) – berikan kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun.
Asid oleik dibuktikan boleh mengurangkan kadar keradangan dan mempunyai kesan yang positif kepada gene pembawa kanser.
4. Avocado Kaya Dengan Serat
Serat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado.
Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu penurunan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.
5. Pengamalan Avocado Boleh Mengurangkan Kolestrol Badan
Masalah jantung merupakan salah satu punca utama kepada kematian di dunia. Masalah jantung pula sering dikaitkan dengan saluran darah, tahap kolestrol, trigliserida, tekanan darah dan sebagainya.
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
6. Membantu Penyerapan Nutrisi
Apabila membincangkan hal nutrisi dan nutrient, ianya bukanlah bergantung kepada jumlah semata-mata.
Badan juga perlukan kemampuan untuk menyerapnya – dari sistem penghadaman ke dalam sel badan untuk diproses dan digunakan.
Some nutrients are “fat soluble,” meaning that they need to be combined with fat in order to be utilized.
Sesetengah nutrient adalah “fat soluble,” bermaksud ia perlukan lemak untuk dihadam – ini termasuklah vitamin A,D,E dan K.
Satu kajian mendapati bahawa pengambilan buah avocado boleh meningkatkan penyerapan antioksida sebanyak 26%.
7. Mengandungi Antioksida Yang Boleh Melindungi Mata
Bukan sahaja avocado boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi.
Ini merangkumi nutrisi seperti Lutein dan Zeaxanthin, yang mana sangat penting kepada kesihatan mata.
Satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang mana biasa dialami oleh orang tua.
Oleh itu, pengamalan buah avocado boleh memberikan kesihatan kepada mata dalam jangka masa yang lama.
8. Buah Avocado Boleh Melegakan Simptom Arthritis
Arthiritis merupakan masalah yang biasa di alami oleh orang tua.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avocado dan minyak kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).
9. Avocado Boleh Tolong Kurangkan Berat Badan
Terdapat beberapa bukti akan kenyataan ini.
Di dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avocado, manakala kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avocado.
Terdapat beberapa bukti akan kenyataan ini.
Di dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avocado, manakala kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avocado.
Kemudian, mereka akan disoal dengan beberapa soalan berkaitan dengan lapar dan kadar kekenyangan.
Responden yang makan buah avocado meresakan 23% lebih kenyang.
Jika kajian ini betul, maka dengan kerapkan makan buah avocado, anda boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dan lebih senang untuk mengikut jadual diet.
SUMBER: google
numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*
Salam
ReplyDelete