Dalam hati sebenarnya nak ajak suami bercuti ke Bali @ Krabi.
Tapi apa kan daya tiket habis... Hahaha
Oleh itu, kami (aku dan kakak aku) decide dan sepakat untuk bercuti dalam negara sahaja iaitu Pulau Penang.
Post kali ni aku just nak kongsikan hotel serta aktiviti yang kami lakukan sepanjang bercuti 3hari 2malam di Penang.
Kami bertolak dari Alor Setar seawal jam 7.40pagi..melalui Lebuhraya Utara Selatan dan mmterus ke Jambatan Pulau Pinang. Ikutkan nak naik ferry tapi kami tukar sebab nak terus pie makan di Nasi Kandar Kampung Melayu.
Trip percutian kali ini lebih kepada merehatkan diri dan enjoy cuti... Jadinya kami kurang berjalan di Penang sebab nak bagi anak2 makan.. Mandi.. Tido... Hahaha
Sesampai di Nasi Kandar Kampung Melayu jam 10.00 pagi terus q (beratur) untuk order makanan masing-masing.
Time tu panjang dah q....
Terlampau lapaq sebab masing-masing tak sarapan pagi, jadinya tiada sapa pun teringat nak ambil gambar kami di meja makan mahupun menu yang kami makan.... Yang pasti pagi tu kami 10orang total RM82.00
Tudiaaa
Roti Canai pun ada
Recommended restoran.. Sbb lauk yang sedap
Nasi panas-panas
Lauk pun panas-panas dan sentiasa di topup kalau habis
Selesai makan kami ke Plaza Gurney sebab anak buah aku nak cari tali jam Gshock
Pusing satu mall setiap kedai jam semua masuk... Semua kata tak ada kena order!
Aku?
Apalagiii tak lepaskan peluang bergambar dengan Hello Kitty laaaa
Tasha & Talia
Lawa siooot
Dah penat pusing Plaza Gurney it time to check in Hotel yang kami booked.
Service Apartment dekat Batu Feringghi ni yang aku dan kakak aku pilih.. Booked via Trivago
Ada 2bilik sorry tak ambil gambar
Tapi korang boleh view kat google...what u see itu yang korang dapat.
Bagusnya booked dekat Trivago korang diberi pilihan untuk pilih rumah mana yang korang nak.
Macam kami dapat 2apartment tingkat 19&26...tapi husband dan abang ipar pilih yang tingkat 19.
Harga sesama kakak aku booked di trivago adalah RM300.++ untuk 3hari 2malam.
No bad.... Kami bawa bantal, toto sendiri sebab ramai anak-anak.
Boleh masak... Sbb ada dapur gas dan dapur eletrik... Cuma bahan masak bawa sendiri.
Mcm aku & kakak dah prepair apa nak masak so kami kongsi2 bawa bahan.
View depan balkoni
Depan tu Hotel Rasa Sayang
View dari balkoni di tingkat 19
Selesai check in jam 2.30ptg..
Rehat jap sambil makan benda ringan sebab masing2 dah lapar
Turun mandi di pool apartment
Dan lintas jalan ke pantai
Dah puas mandi pantai... Main pasir
Balik apartment untuk prepair barang masak untuk makan malam iaitu Steamboat
Dinner time
Day 2
Celik-celik mata adalah swimming pool time
Breakfast masak sendiri
Nasi Lemak
Sambal ayam
Bilis goreng
Telur rebus
Timun
Sandwic
Tuna
Sardin
Lepas mandi naik atas makan tido
Mandi.... Makan... Tido
Menu tengahhari masak sendiri
Suun goreng
Nasi goreng
Ulang lah benda sama sampailah ke malam... Kui3x
Jam 5.30 ptg keluar dr apartment pusing sampai Teluk Bahang... Tak ada kedai makan
So kami ambil keputusan keluar dari Batu Feringghi ke Gurney Drive untuk makan.
Sebab lambat parking pun susah...pakat dok tunggu lah nak makan apa... Huhuhu
Makan makan makan
Terlampau banyak yang di order...
Rojak Pasembor RM10
Nasi Lemak CilibIlis RM3/plate
Char Kuey Teow RM5
Laksa Penang RM5
Nasi goreng kampung RM6
Bihun Sup RM6
Mee goreng Sotong RM7
ni yang aku ingat lah.... Sebab pakat lupa ambil gambar
Dan yang paling aku suka adalah....
Mee goreng Sotong
Serious sedap sangat
Basah-basah dan cukup rasa
Selesai makan balik apartment rehat & tido awal
Sebabnya 1st day tu pakat tak boleh tido
Day 3
Time dan hari untuk Check Out
Tanya anak-anak kot nak pie swimming pool lagi,semua dah tak nak... Hahaha
Kan dah puas mandi berendam semalam
Check out jam 10.00pagi sebab nak pusing penang
Singgah Taman Botani.. Berjalan
Bergambar dan....
Masa untuk balik naik Ferry
One Happy Family
Part last ni aku sukaaaaaa
Shooping timeeeeSinggah Design Village sebab lepas dari Penang kakak aku balik Alor Setar dan aku balik Taiping
Taraaaaa
Puas hatiiii
Jom balik Tepeng
Percutian 3hari 2malam yang paling Best.. Walaupun hanya Penang dan tak berjalan mana.. Ye lah sbb Penang dah selalu pergi kan
Tapi memory dan moment bersama keluarga tu yang tak dapat dilupakan.
Soooo 2020 kemana kita niiii
LOVE,
ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
ReplyDeletehanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^