Minggu ni dah free sikit jadinya kerja nak masak jer lah.. Maklumlah dah DNF Biib Challenge, tinggal tunggu sapalah pemenang tuu
Menu ni boleh dikatakan menu untuk orang diet jugalah... Hahaha
Cara mengoreng pun sama jer macam goreng bihun...
Bahan-Bahan
Suun - direndam
Udang basah
Taugeh
Kucai
Bawang putih - ditumbuk
Bawang besar - ditumbuk
Cili padi - ditumbuk
Garam
Kicap
Cara-Cara
- Rendam suun sehingga kembang.
- Tumbuk bawang putih, bawang besar & cili padi
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang tumbuk tadi sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan udang, garam kacau sebati
- Masukkan Suun, Kucai dan kicap..... Rasa semua dah ok.... Masukkan Taugeh.. Tutup api
- Siap untuk dihidang dan makan
Selamat Mencuba
LOVE,
No comments:
Post a Comment