HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Sunday, March 31, 2019

7 TRAVEL TIPS


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Actually I just want to share #SpeakingLondon sedikit cara untuk pack light bagi memastikan beg yang korang bawa itu ringan dan tidak melebihi dari 7kg. Sangat lah sesuai untuk Backpacker serta menjimatkan korang dari nak tambah kos extra luggage tu kan....

cara-cara ni, aku juga guna pakai bila mana aku nak Travel

Dan cara-caranya adalah seperti di berikut:


1. Digital Luggange Scale atau Penimbang Berat Beg


Wajib beli digital luggage scale!
Actually alat ini sememngnya tidak membantu meringankan beg pun, cuma bila ada benda alah ni bolehlah korang timbang berat beg korang tu selepas dah settle packing.

Cara ni juga lebih memudahkan urusan kita kalau kita dah siap-siap timbang beg dulu sebelum travel.
Nanti tak adalah kelam kabut nak buka bag timbang punggah segala barang korang di airport tu semata-mata nak pastikan berat beg tidak melebihi 7kg.


2. Plan sebelum packing

Sebelum packing barang, senaraikan semua aktiviti sewaktu travel (itinerary).

Contoh: ke Hong Kong
Day 1 - city tour Macau
Day 2 - Victoria Peak - Terrace 428 - city tour Kowloon
Day 3 - city tour Hong Kong 
Day 4 - Disneyland

Kena senaraikan semua tempat yang korang nak pergi dan apa aktiviti yang akan korang nak buat di tempat yang korang nak pergi tu , bila dah ada semua plan ni, barulah boleh plan nak pakai baju apa dan tudung apa (bagi perampuan) dan haruslah SELESA. 😀 

Dan yang penting jangan buat last minute!


3. Gulung baju - Bukan lipat


Ruang tak banyak kalau...so macam mana?
Baju dan seluar yang nak dibawa tu kenalah gulung dan JANGAN LIPAT. Ini adalah salah satu tips yang paling popular dan diguna pakai oleh mana-mana backpacker dan traveler di seluruh dunia.

Cara ini bukan sahaja jimat ruang, proses mengulung ini lebih cepat daripasa melipat. Nampak lebih kemas dan teratur. 


4. Toiletries


Tak perlu bawa toiletries banyak-banyak , Nama pun travel kan.....Bawa yang penting aje
Antaranya yang aku akan bawa bila travel:

  1. Sabun mandi
  2. Shampoo
  3. Pencuci muka
  4. Berus gigi
  5. Ubat gigi
  6. Perfume 
Cukup! Keperluan Asas 😄

Dan korang kena tahu yang pihak kastam tidak membenarkan item-item ini dibawa masuk sekiranya sukatan setiap satu melebihi 100ml. Jadi please make sure bawah 100ml yer.

Atau jika dah tersilap beli , korang boleh beli botol kosong, bekas kosong yang kecil-kecil tu dan disertakan bag untuk travel yang dijual di MR DIY atau DAISO.
atau RECYLE jer botol shampoo hotel.
Senang semua benda dalam satu tempat dan jimat ruang 


5. Travel Towel

pic Uncle Google
  1. kecil
  2. nipis
  3. fabric dari microfiber
  4. serapan yang sangat baik
Boleh dapatkan di SPORT DIRECT 

Tapi aku kalau travel jarang bawa towel.....hotel ada towel kan, buat apa nak bazirkan ruang untuk benda yang dah disediakan...hihihi



6. Bawa Backpack dan elak Beg Tarik Beroda


Ini paling simple, bag tarik lebih berat daripada backpack.Beg tarik beroda ni belum packing pun dah tau berat apatah lagi kalau penuh dengan barang-barang

Jadi elakkan..

Bawa backpack, lebih ringan dan lebih senang nak bergerak terutamanya bila dekat escalator atau tangga. dan juga bila berjalan di permukaan yang tidak rata.

Dah nama pun backpaker haruslah bawa backpack kan, dan disarankan beg bersaiz 35-40liter kalau nak bawak masuk dalam kapal terbang.


7. PACK LESS

Paling mudah dan senang PACK LESS and ENJOY THE TRIP!

Nak jadi backpacker kena jiwa kental. Tak boleh semua benda nak selesa kena korbankan benda yang tak penting atau nak lagi kental bawa pakaian dan barang seminimal yang mungkin.

Masa travel tu nanti pandai-pandailah. Maklumlah bila kita tengah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain , kadang-kadang memang agak susah untuk pastikan barang yang kita bawa tu tidak melebihi 7kg. Dan kalau rasa leceh , rasa nak angkut semua benda , sila bayar FEES dan CHECK IN LUGGAGE


Apa-apa pun nak Travel kenalah ENJOY!

LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿