HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Friday, March 8, 2019

DISCOVER HONG KONG PART LAST


Assalamualaikum Dan Salam Jumaat,

Recap: 01 November 2016

Dari Disneyland ke TST adalah malam terakhir percutian aku dan Ana di Hong Kong. Maka hari ini berakhirlah percutian kami berdua ...huhuhu

Dari Chungking Mansion kami keluar awal sebab Air Asia dah reschedule flight.

Situlah Chungking Mansion



Lintas Jalan dan jalan ke kanan untuk ke bus stop
Ada Kedai jam EMPEROR
dekat situlah bas untuk ke Airport akan berhenti 

Untuk balik - Departure adalah di TERMINAL 2






permandangan ketika di dalam bas menuju ke Airport 



TERMINAL 2 


Sampai di sana, kami cari kaunter untuk return OCTOPUS CARD
dan ambil semula deposit 


Masuk dalam airport ,
tengok sebelah kiri , masuk dan ikut jalan terus terus sehingga sampai hujung, 

sampai lah korang nampak KAUNTER RETURN OCTOPUS CARD

Baki yang kami terima HKD49.30

Selesai Check In, 
ok..untuk check in, sekiranya korang dh check in korang tetap kena pergi kat kaunter juga, nanti dia akan bagi slip dan kad untuk ke terminal

bye HONG KONG


Penerbangan jam 11.00pagi...sepatutnya kami balik petang sebab flight ke Alor Setar adalah keesokkan paginya, di sebabkan Air Asia reschedule, kami mencuba nasib untuk minta tukar pada malam itu juga....Alhamdullillah, permintaan aku dilayan dengan baik oleh pihak Air Asia dan yang paling best dapat HOT SEAT.


Dengan ini, berakhirlah kisah perjalanan aku ke HONG KONG.
Walaupun cerita travel aku ini dan hampir 2tahun, tetapi masih segar dalam ingat aku.
Nak masukkan semua gambar MEMORY TERINDAH DI HONG KONG nanti blog ni jadi album gambar pulak kan, cukuplah aku berkongsi JOURNEY TRAVELOGUE aku untuk panduan korang.


SIMPLE TIPS:

  1. Tukar duit awal - bawa duit extra incase terjadi apa-apa ada backup duit
  2. Cari info berkaitan tempat yang anda ingin lawati - RESEARCH 
  3. Peta harus ada di dalam bag untuk panduan
  4. Jangan terlalu memilih penginapan jika anda inginkan travel style Backpacker
  5. Jangan cerewet bab makan, asal halal = ON 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang yang akan ke Hong Kong

LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿