HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Sunday, March 17, 2019

LH vs HCG


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


(AMARAN: Post ini hanya untuk orang yang dah berkawin jer yer)

LH vs HCG?
Apa itu LH dan Apa itu HCG?

Kenapa perlu tahu kegunaan LH dan kegunaan HCG?

Bila nak pakai?
Siapa yang patut pakai?


Apa itu LH?
LH ialah OVULATION PREDICTOR KITS - alat menguji waktu subur wanita. 
Untuk mengesan ovulation dimana hormon LH (LUTEINIZING HORMON)

Siapa?
Sudah semestinya wanita yang telah berkahwin dan ingin mendapatkan zuriat.

Untuk apa Ovulation Test?
Untuk mengesan waktu paling subur bagi isteri - Waktu subur amat penting untuk berlaku persenyawaan.

Bila boleh digunakan?
Setelah habis period - merujuk kepada kitaran haid.
Apa yang boleh disimpulkan, kalau ovulation test itu positif  maksudnya horman LH sudah tinggi, bila LH tinggi telur akan dilepaskan . Dari tiada line - samar-samar , sama warna , lebih pekat , sama warna & pudar balik. Boleh tengok gambar rajah dibawah.


Macam mana nak baca result?
Biasanya ovulation test akan tetap keluar 2 line.Tapi kalau 1 line samar , 1 line gelap itu dikira negative = tidak subur.
Ovulation test dikira positif jika double line sama gelap atau test line lagi gelap dari control line.


Apa itu HCG?
hCG ialah HUMAN CHORIONIC GONADOTROPIN merupakan hormon peptida yang diproduksi kan oleh tubuh disaat hamil. Ujian kehamilan dilakukan untuk mengukur paras suatu hormon yang dihasilkan oleh plasenta sebaik sahaja implantasi berlaku.
Paras hormon hCG akan terus meningkat selepas implantasi berlaku sehingga kira-kira 10-12minggu kehamilan.

Ujian Hcg ini dilakukan untuk mengesan kepekatan kandungan hormon hCG dalam darah atau Urin. Ujian ini menjadi positif apabila terdapat hormon hCG yang mencukupi di dalam darah atau urin.

Terdapat 2 jenis ujian penentuan paras hormon hCG yang biasa dilakukkan iaitu ujian kehamilan urin dan pengambilan darah 

pic En Google


Ok cukup lah secara ringkas mengenai LH vs HCG. Nak penerangan lebih detail boleh google atau boleh refer Doktor yang lebih arif.

Cuma moral dari perkongsian aku ni #janganjadimacamkawanaku 
kalau nak beli test stripe tu bacalah dulu label untuk apa, jangan main beli jer sebab nak murah.........nak beli test pregnancy terbeli test kesuburan lepas tu bila test keluar double line ....haaaaaaaaaaaaa mulalah panik dan kata mengandung ☺


Byeee.....................

LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿