Assalamualaikum
Hari ini aku nak bercerita kisah suatu masa dahulu , yang berlaku pada oktober 2016 ...hahaha
story basi , tapi ada ku kesah...nak gak story
segala persiapan seperti booked flight , hotel , search tempat menarik , search restoran halal termasuk lah menukar HONG KONG DOLLAR dan MACAU PITACA
makanya pada hari kejadian kami meneruskan aktiviti tahunan iaitu TRAVEL BACKPACKERS
26hb Oktober 2016
Bertolak dari Alor Setar ke KLIA flight jam 9.30 malam, Sampai di KLIA , makan , lepak , sembang dan mencari tempat untuk tidur sambil menunggu flight keesokkan jam 8.00pagi.27hb Oktober 2016
Seperti biasa kami adalah backpackers , so tidak check in bag
Ready To Fly
di atas Flight Cabin Crew akan berikan Arrival Card untuk diisi dan diselitkan bersama passport
Flight landed lebih kurang 8.40pagi
yeayy....sampai
tuuu muka ada cenyum
selesai urrusan imigration dan kaitan
kami bergegas keluar untuk mencari peta
Keluar ke sebelah kanan (dari pintu keluar- arrival) untuk mencari kaunter yang menjual Octopus Card
kaunter octopus card
nilai HKD150 = RM100
HKD50 tu deposit dan deposit akan dipulangkan selepas return kad
selesai membeli Octopus Card dan masih di dalam Airport kami mencari kaunter jualan tiket untuk ke Disneyland , Madame Tussaud , The Peak Tram
pakej 3in1 yang kami beli
lebih murah beli di airport berbanding direct kaunter
dan yang pasti akan menjimat masa
HKD729 = RM363.50 untuk 1pax
tiket 3in1
THE PEAK TRAM + SKY TERRACE 428 + DISNEYLAND
selesai semua urusan....masa untuk check in hotel
jalan menuju ke bas stop
Memandangkan kami menginap di TSIM SHA TSUI , Chungking Mansion dan kemudahan paling mudah dari Airport ke situ so kami membuat keputusan untuk naik bas
kena naik bas A21 untuk ke Tsim Sha Tsui
sila beratur dan jangan potong Q yer ...hihi
Hostel yang aku booked melalui Agoda. Sedia maklum yer horel disana sangatlah mahal, jadi carilah yang mengikut bajet korang.
Aku booked NEW LONDON HOSTEL
harga untuk 5malam = RM639.79
1pax = RM319.90 = RM64/night/head
oklah tu...murah sangat dh tu...
yang penting dekat dengan pelbagai kemudahan
Tapi kalau korang cerewet bab Hotel, tidak digalakkan HOSTEL ini yer,....tinggi dengan lift sempit, bilik pn sempit dah serupa duduk dalam gua....hihihi
selesai Check In ,
rehat jap dan kami ambil keputusan untuk meronda disekitar kawasan berhampiran,
memandangkan Chungking Mansion berhampiran Harbour City,so kami berjalan kaki sahaja.
permandangan hari pertama
selesai perjalan untuk hari pertama
byee
No comments:
Post a Comment