Assalamualaikum,
Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu kan,
jadi aku dikira bertuah sebab di beri peluang ikut suami aku yang bekerja ke Medan,
Penerbangan kali ini agak special kerana semperna perasmian pesawat SRI WIJAYA AIR - dari Alor Setar ke Medan
Jarak dantempoh perjalanan dari
Lapangan Terbang Kuala Namu ke Bandar Medan = 45minit
Medan - Brastagi - Sinabung Hill = lebih kurang 3jam lebih
tiba di Kuala Namu International Airport - Medan dan dijemput oleh bas yang telah diaturkan
menuju ke Medan untuk makan di RESTORAN SIMPANG TIGA
masakan padang
sedap (gambar hilang)
rambu-rambu lalu lintas
antara yang menarik perhatian aku ketika ituuuu
selesai makan
Bas bawa melawat MAIMOON PALACE (ISTANA MELAYU DELI) dan membeli belah di BATIK HOUSE - pakaian batik,telekung,kain pasang
aku tidak berminat untuk membeli, sebab kepala masih ting tong
nak tidur jer time tu
Meneruskan perjalanan ke Berastagi , dalam perjalanan melawat TEMPLE TAMAN LUMBINI , GUNDALING HILL untuk melihat dua gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung.
Sampai di Brastagi lebih kurang jam 6petang
dan CHECK IN HOTEL SINABUNG HILL
ketika aku ke Sinabung , Gunung Sinabung baru sahaja meletus dengan mengeluarkan awan putih jadi kami tidak berkesempatan melihat dengan lebih jelas
udara di sekitar Hotel pun kurang elok jadi kami dinasihatkan supaya tidak keluar berjalan di sekitar hotel pada malam itu
Selepas makan malam....terus landing zzZZZZzzzz
bersambung.
No comments:
Post a Comment