Assalamualaikum
Sememangnya ini adalah percutian yang dinanti-nantikan oleh anak-anak.
Sambil merayakan Tahun Baru Cina aktiviti melawat tempat-tempat menari sekitar Taiping juga tidak dilupakan .
Antara tempat yang menjadi permintaan anak-anak adalah Zoo Taiping.
Ini adalah pengalaman kali kedua buat aku dan anak-anak ke Zoo Taiping .Zoo Taiping ini lebih popular dengan Night Safari ,iaitu zoo yang satu-satunya di Malaysia yang boleh masuk pada malam .
Zoo Taiping merupakan zoo yang tertua di Malaysia. Jadinya wajiblah melawat Zoo Taiping sekiranya ke Taiping Perak .
Kadar bayaran parking yang dikenakan di kawasan Zoo Taiping
Sebaik sahaja sampai bergegas ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk ke Zoo
Harga tiket bagi Dewasa adalah RM16 ,
Kanak-kanak RM8 manakala
Warga Emas separuh harga RM8
Baby 0-3tahun adalah Percuma
Oklah tidak terlalu mahal
Sekiranya pengunjung lahir dinegeri Perak dan beralamat di Perak, layak mendapat diskaun Dewasa RM13 , Kanak-kanak RM6 ..... so we all dapatlah diskaun iteww.. Hihi
Selesai membeli tiket terus masuk ke dalam Zoo. Di bahagian hadapan ada ruang beratur untuk menaiki keretapi.Memandangkan musim cuti dan beratur pun agak panjang jadi aku dan keluarga memilih untuk berjalan sepanjang berada di zoo supaya anak-anak dapat melihat dengan lebih jelas.
Keretapi yang membawa penumpang seramai 24orang
Ada memandu merangkap pemandu pelancong yang akan menerangkan dan menceritakan setiap kawasan dan haiwan yang dilalui.
Berjalan seluas 14.4hektar
Lebih kurang 2jam
Berpeluh jugalah ... Hihi
Sejujurnya ,Zoo Taiping adalah tempat yang sangatlah sesuai untuk membawa anak-anak lawati sambil dapat belajar pengalaman baru dengan mengenali haiwan-haiwan yang ada dengan lebih dekat dan bukan sekadar hanya menonton dari TV atau gambar.
Semoga pengalaman kedua ini dapatlah mengumbirakan hati anak-anak.
Diharap sedikit info dari entri ini dapat membantu korang dan
Terima Kasih kerana sudi singgah ke entri ini
Terbaik.. tq ya.. akan pi sana juga nanti.. in shaa Allah..
ReplyDelete