HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Friday, February 22, 2019

MENDAKI GUNUNG KERIANG, KEDAH part 1


Assalamualaikum

Seringkali menyebut ingin menjejak kaki di puncak Gunung Keriang, aku di ajak oleh Wany untuk bersama-sama beliau menjejaki Gunung Keriang.

Pendakian yang tidak dirancang, aku bersama suami menyiapkan apa yang patut untuk pendakian keesokkan paginya.

Tanpa dirancang, dan tiada persediaan mental fizikal...namun aku bawa semangat yang ada bersama-sama.

sedikit info mengenai Gunung Keriang:
Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7km dari bandar Alor Setar adalah destinasi yang harus dikunjungi. 
Gunung Keriang setinggi 217.92 meter.
Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi.

Di dalam gua ini dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa oleh kapal tersebut.Masyarakat yang mendiami di kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam mangkuk berkenaan untuk masjlis kenduri.Kini mitos tersebut telah menjadi salah satu sejarah dan daya tarikan pelancong untuk datang ke sini.

Ehsan En Google



Berbalik kepada kisah pertama kali aku hiking dan tanpa perancangan ini.  Semua persiapan siap....sampai di Gunung Keriang jam 7.00pagi

dari bawah aku melihat
Ya Allah boleh ke aku ni...Boleh kaaaa???
serious aku punya tahap confident ketika ini sangatlah tinggi...
aku yakin aku BOLEH

memulakan perjalanan menuju Laluan ke Puncak
masih confident (actually aku tak tau track gunung ni mcm mana)

melangkah sahaja ke Laluan, 
hati aku gelisah....seriously aku gelisah
tapi aku nak juga naik....husband aku tanya berkali-kali..ok ke?
aku = ok...ok....ok...ok....

check point 1

masih berehat di check point pertama
masa ni aku penat gilaaa..huhu

menyesal naik ...huhu

tapi semangat tuuu
semangat aku bawa tuuuu
semangat yang aku yakin aku boleh
walaupun  aku besaqqq...aku yakin aku boleh

merenung jauh

aku naik sampai Check Point ke 2 , iaitu di persimpangan Gua Nerus
dengan keadaan aku yang ketika itu agak penat...agak stress...
dan macam-macam agak lagi
makanya suami aku ajak turun

misi pertama untuk sampai ke puncak = GAGAL
aku sedikit kecewa...seriously memang kecewa, dalam banyak faktor
biarlah rahsia...huhuhu
namun aku berazam akan mengulangi pendakian aku ini.

bersambung......................


No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿