HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Thursday, February 28, 2019

RESEPI MEE SUAH SEDAP


Assalamualaikum

dan ini adalah Entri untuk Penutup February :)


Aku ni sampai satu tahap cemuih(bosan) nak makan nasi....bkn kata aku sorang, anak-anak pun bosan....jadinya aku masak lah MEE SUAH , dan ni aku share recipe so korang boleh lah try sebab Mee Suah ni senang jer nak masak, bahan sikit dan tidak memerlukan masa yang banyak.

Kiranya kalau korang terima tetamu terkejut tergempaq dan tak tau nak jamu apa....MEE SUAH is the best menu untuk tetamu ...hihihi

Mak Mertua aku masak menggunakan dada ayam yang di bebola kan , CHICKEN BALL homemade....resepi aku ni kiranya version yang aku oleh , tukaq dan pelbagai kan mengikut bahan yang ada dalam peti sejuk....kui3x

BAHAN
  • Mee Suah
  • Bawang merah + Bawang Putih + Lada Hitam = ditumbuk
  • Ayam - dada @ rangka @ bahangian tight
  • Bebola Ayam - jika suka
  • Fish Cake / Fish Ball
  • Kiub Pati Ayam
  • Minyak - utk menumis
  • Air
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng
  • Pak Choy
  • Cili Melaka


CARA-CARA
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk , sehingga garing dan masukkan isi ayam, masak sehingga ayam masak.
  2. Kemudian masukkan air , kiub ayam
  3. Masukkan fish cake,fish ball atau bebola ayam 
  4. Perasakan dengan garam
  5. Masukkan Mee Suah dan Pak Choy dah mendidih tutup api....siap untuk dihidang
  6. Nak makan Tabur bawang goreng - cili melaka potong 


Siap...jemput makan

aku sekadar potong cili melaka jer
atau
korang boleh buat sambal kicap

Bahan Sambal Kicap
- cili melaka
- bawang putih
- kicap manis
- gula
- jus limau nipis



Nota kaki:
Mee Suah ni serap air dan cepat kembang, so kuah kenalah banyak 
jadi aku suggest masak kuah dan bila korang nak makan, korang letak mee suah sedikit-sedikit atau berapa banyak yang korang nak makan , 
dan nak makan mee suah ni kena makan panas-panas barulah sedap.
Ok....selamat mencuba 



No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿