HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Sunday, March 1, 2020

KHASIAT MEMINUM AIR BARLI UNTUK BADAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Pic Ehsan Google

Suka tak minum air barli? Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan.

Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

1. Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain.

2. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.


4. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.

5. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.

6. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

7. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

8. Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.

9. Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.

10. Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.

11. Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.

12. Air barli juga dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. Bagi ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah kencing kotor boleh mencubanya juga. Ia juga diamalkan bagi menyejukkan badan terutama bagi pesakit demam. 


SUMBER: google


LOVE,

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿