HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Friday, March 13, 2020

PETUA TRADISIONAL DALAM MERAWAT KENCING MANIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Kayu manis mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita. Kayu manis merupakan salah satu golongan rempah yang manis dan berasal daripada kulit pokok yang meliar, biasanya tumbuh di kawasan beriklim tropical seperti Asia Tenggara, Amerika Selatan dan pulau Caribbean.

Penggunaan kayu manis dalam pelbagai aspek telah bermula sejak beribu tahun lampau dan dijadikan bahan utama dalam masakan serta dijadikan bahan bakar. Dalam masa yang sama, ia berupaya memberi manfaat dalam mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan kepada manusia seperti kencing manis.

Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah. Hasil kajian perubatan yang diterbitkan oleh jurnal Diabetes Cares pada 2003 membuktikan kenyataan itu terhadap penghidap diabetes tahap 2 dan sekaligus merendahkan risiko yang boleh membawa kepada penyakit yang lebih kronik berkaitan kardiovaskular iaitu penyakit jantung dan darah tinggi.

Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis. Ia membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya ia mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan.

Sebenarnya, diabetes terhasil apabila dinding pada salur darah tidak dapat menampung jumlah gula yang masuk dan menghasilkan satu lapisan yang menghalang insulin untuk masuk ke saluran darah. Ia juga akan menganggu sistem ketahanan badan dan berat badan kita juga akan terjejas akibat pembentukan tersebut. Herba ini berperanan dalam menghalang enzim ‘alanine’ menghasilkan glukos(gula) dan diserap dalam salur darah.

Dengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ia akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan ia sangat berkesan bagi penghidap diabetes. Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.

Dalam artikel yang membincangkan mengenai kebaikan dan manfaat kayu Manis, satu kenyataan yang dikeluarkaan oleh Lori Kenyon Farley, iaitu Pakar Perunding Nutrisi berpendapat bahawa kayu Manis dapat membantu dalam mengawal penyakit diabetes dalam dua cara yang berbeza.

Di mana ia berupaya mengurangkan tekanan darah dan memberi kesan positif kepada salur tertentu dalam darah bagi penghidap diabetes itu sendiri. Beliau menambah lagi dengan menyatakan bahawa kayu Manis ini juga membantu dalam mengurangkan lapisan yang meghalang insulin untuk masuk ke salur darah sekaligus mengawal kadar gula sehingga 29% dalam mengurangkan gejala diabetes.

SUMBER: google


LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿