Lidah Buaya
Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Jus lidah buaya dikatakan dapat menurunkan lipid darah (lemak) pada pesakit, meredakan bengkak dan menyembuhkan luka dengan pantas.
Bagi mengawal paras gula dalam darah. Penggunaan lidah budaya adalah dengan cara mengambil 1 batang lidah buaya, kemudian bersihkan dan kupas kulit serta durinya. Rendamkan selama 30 minit bersama air garam. Ramas dan bilaskan dengan air. Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih. Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk. Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas. Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali.
Selain itu, petua ini berkesan bagi mengubati kencing manis secara menyeluruh dengan cara yang lebih kurang dengan kaedah mengawal paras gula. Cuma tambahkan menjadi 2 batang dan direbus bersama 3 gelas air dan ditapiskan jelnya untuk mengambil air sahaja. Amalkan minum air ini 3 kali sehari selepas mengambil makanan sebanyak setengah gelas. Lakukan setiap hari untuk melihat tindak balas lidah buaya dalam merawat kencing manis.
LOVE,
No comments:
Post a Comment