HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Sunday, March 15, 2020

PETUA TRADISIONAL DALAM MERAWAT KENCING MANIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Dalam kaedah tradisional juga, kacang bendi terkenal sebagai ‘superfood’ yang mempunyai 1001 kebaikan kepada individu yang berisiko atau menghidapi penyakit diabetes dan sebarang penyakit kronik yang lain. Nama lain bagi kacang bendi ialah Abelmoschus esculentus. Ia mempunyai khasiat yang baik dalam mengawal gula dalam darah dan lain-lain khasiat untuk kesihatan manusia.

Pelbagai kajian vitro (makmal) dan vivo (haiwan) telah dijalankan bagi membuktikan bahawa kacang bendi merupakan ejen anti-diabetes terbaik dan selamat diamalkan oleh manusia untuk tujuan mencegah dan merawat diabetes dari peringkat awal. Ia juga mendapati bahawa kacang ini sangat berkhasiat untuk glukos dalam darah yang tinggi.

Terdapat satu kajian di India yang diterbitkan dalam Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences pada 2011, para pengkaji membuktikan dengan cara menggunakan seekor tikus yang dihidapi kencing manis telah diberikan kacang bendi telah mengalami kadar penurunan glukos dalam darahnya, bagi tikus yang diberikan ekstrak kacang bendi pula mengalami penurunan yang berperingkat selama 10 hari penyelidikan dijalankan.

Ini membuktikan bahawa kacang bendi mampu menjadi penawar terbaik dalam merawat kencing manis ke atas hidupan dan tidak memberi kesan sampingan jika diambil secara terkawal dan bersederhana. Kacang bendi dapat merawat kencing manis disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kacang bendi mempunyai kadar kalori yang rendah dalam setiap 100gm bendi hanya mempunyai 30 kalori tanpa kolestrol dan lemak tepu.

Sekaligus ia dapat mengawal paras gula dalam darah dan mempunyai nutrient yang baik seperti vitamin A, vitamin B6 dan vitamin K serta kadar magnesium yang tinggi dalam membantu sistem penghadaman badan. Selain itu, kandungan glisemik yang rendah dalam bendi sangat berguna kepada penghidap diabetes dan sering disarankan oleh doktor.

Ia adalah satu ukuran di mana makanan mudah hadam akan menjadi glukos dalam darah dan jika glisemik masih dalam tahap yang rendah maka glukos masih dapat dikawal dengan baik. Oleh kerana itu, bendi sangat sesuai dimasukkan dalam menu diet harian penghidap penyakit diabetes.

Salah satu petua merawat kencing manis dengan bendi ialah dengan hanya anda perlu mengambil 2 batang kacang bendi dan dikerat bahagian atas dan bawah, sebelum itu basuh bersih terlebih dahulu baru kerat. Bagi memudahkan proses tersebut, kelarkan bahagian tengah bendi tersebut dan masukkan ia ke dalam gelas berisi air.

Kemudian, tutupkan gelas dengan penutup yang kedap lalu biarkan ia semalaman pada suhu normal atau suhu bilik. Keluarkan bendi yang direndam daripada gelas pada keesokan harinya dan minum air tersebut sebelum mengambil sarapan. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan kesan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis berlaku.

Khasiatnya akan kurang apabila bendi dicampurkan dalam masakan berbanding makan begitu sahaja atau minum air rendaman bendi tersebut. Petua ini berguna bukan sahaja merawat kencing manis tetapi boleh dipraktikkan oleh semua orang dengan tujuan mengelakkan penyakit yang kronik dan menyelamatkan diri daripada serangan penyakit yang tidak diingini.

Penjagaan kesihatan amat penting bagi meneruskan aktiviti seharian terutama bagi mereka yang bekerja. Daya produktiviti akan menurun sekiranya tahap kesihatan merudum. Hal ini kerana, badan kita perlu digunakan bukan untuk tempoh masa yang singkat, jadi, anda harus hargai nikmat kesihatan dengan baik sebelum anda diserang penyakit yang bahaya.

Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi, anda boleh memperolehi pelbagai khasiat yang jarang sekali diketahui umum. Adalah yang lebih baik untuk anda menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar mengenai menu pemakanan dan kaedah yang bersesuaian untuk merawat kencing manis. Penggunaan bahan semula jadi itu bagus untuk tubuh badan tetapi anda perlu mengetahui juga kesan sampingan yang anda akan dapat sekirannya anda tidak megawal penggunaannya dan mungkin akan menyumbang kepada serangan penyakit lain pula.

SUMBER: google


LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿