HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Wednesday, March 11, 2020

PETUA TRADISIONAL DALAM MERAWAT KENCING MANIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Ginseng
Merawat kencing manis

Petua seterusnya adalah merawat menggunakan ginseng. Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa. Pelbagai jenis ginseng yang boleh diperolehi, antaranya ginseng Korea, ginseng Siberia, ginseng Amerika dan ginseng Jepun.


Dalam semua kategori tumbuhan ini, spesies ginseng panax sangat popular dalam merawat secara menyeluruh. Ia sama seperti kebanyakan herba yang dijadikan penawar kepada penyakit diabetes. Justeru, pelbagai kajian lanjutan perlu dilaksanakan bagi membuktikan lagi keberkesanan ginseng dalam merawat pelbagai penyakit.

Seperti yang kita sedia maklum, ginseng sememangnya mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan manusia. Ia telah diamalkan sejak 2000 tahun dahulu lagi di China sebagai penawar dan pembekal tenaga yang baik. Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.

Pelbagai jenis ginseng boleh didapati dan setiap ginseng mempunyai khasiat yang berbeza dalam merawat dan mencegah penyakit yang berlainan jenis. Antara ginseng yang boleh dikenali ialah ginseng Asia (Panax ginseng), ginseng ini juga dikenali sebagai ginseng Korea.

Kebaikan yang ada pada ginseng ini ialah ia mampu meningkatkan kesihatan dan sistem imunisasi pada tubuh badan kita serta membantu mengawal tekanan gula dalam darah supaya menjadi normal. Selain itu, ginseng Amerika (Panax quinquefolius) yang digunakan untuk mengawal tekanan dan meningkatkan sistem imunasasi badan supaya dapat melawan daripada demam dan masalah angin dalam badan.

Ada juga menggunakan ia sebagai penawar dan pencegah kepada HIV aids, kanser, anemia, diabetes dan sebagainya. Seterusnya, Ginseng Siberia (Eleutherococcus senticosus) yang bukanlah dikategorikan sebagai ginseng, namun, khasiatnya dalam mengubati penyakit adalah sama seperti ginseng yang lain seperti keupayaannya dalam meningkatkan tenaga dan kecergasan fizikal kepada kita dalam melakukan tugas harian dengan lancar tanpa sebarang gangguan kesihatan.

Walaupun ia mempunyai pelbagai manfaat dalam kesihatan, terdapat juga kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan seperti pening, sukar tidur, masalah penghadaman dan alergik. Nasihat doktor dan pakar perubatan amatlah diperlukan bagi mengelakkan kesan yang buruk kepada tubuh badan anda. Guna secara teratur dan sederhana supaya ia dapat mengubati dan memberi kebaikan kepada tubuh badan.

Jika anda baru menjalani pembedahan atau akan melakukan pembedahan, sebaiknya anda elakkan diri daripada menggunakan ginseng terutama sekali ginseng Asia. Ia sama juga dengan ibu mengandung dan menyusukan anak dilarang mengamalkan ginseng, kerana ia mungkin akan memberikan kesan negatif kepada bayi anda. Penyediaan ginseng sebagai ubat diabetes, ia dijadikan minuman teh dan ada juga dijual dalam bentuk minuman bertin.


SUMBER: google


LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿