HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Wednesday, March 4, 2020

MUFIN TELUR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Hi korang,  dulu aku pernah share resepi Egg Mufin versi Kukus kan... So arini nak tunjuk Egg Mufin versi Bakar. 

Boleh guna bahan yang ada dirumah ajer..
Simple kan...juga boleh buat menu bekal untuk anak ke sekolah...yang penting sedap dan berkhasiat serta kaya dengan protein.. Cewah Cewah 😅

Jom check bahan-bahan dan cara-caranya 😊

Bahan-Bahan
2 biji telur
Isi ayam - di cincang
Serbuk bawang putih
Serbuk lada putih
Serbuk paprika
Carrot - potong dadu 
Kacang panjang - potong halus
2 Cili padi - potong nipis
1 ulas kecil bawang holland - dicincang
Olive Oil
Bekas Mufin @ Bekas Aluminium 

Cara-Cara
1. Perap isi ayam bersama serbuk bawang putih, serbuk paprika dan serbuk lada putih
2. Panaskan Olive oil dan tumiskan bawang holland sebentar, masukkan isi ayam 
3. Masukkan Carrot,  Kacang Panjang dan cili padi, siap dan tutup api. 
4. Sambil itu panaskan Air Fryer 180° selama 5minit
5. Pecahkan telur dan pukul telur di dalam bekas berasingan. 
6. Masukkan bahan tadi ke dalam bekas mufin@aluminium , tuangkan telur. 
7. Bakar di dalam Air Fryer 180° selama 8minit
8. Siap untuk dihidang dan makan 

*sesuai dimakan semasa sarapan pagi 
*boleh dimakan bersama roti


Boleh refer SINI juga untuk resepi Egg Muffin versi kukus

Selamat Mencuba


LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿